31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jazmy Juma Tak Cepat Melatah Lakonan Dikritik Kurang Memuaskan – ‘Saya Belajar Dari Kesilapan & Akan Perbaiki’

    Shopee Sale

    Pelakon Jazmy Juma memberikan respon berhubung kritikan segelintir penonton berkenaan lakonannya yang didakwa kurang memuaskan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Jawab Kritikan Sering Sarung Uniform ‘Pilot’ – ‘Kami Bertemu Tenaga Pengajar Penerbangan Untuk Tahu Pemakaian Mereka’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Akui Pernah Lewat Ke Set, Tepis Dakwaan Sukar Beri Kerjasama – ‘Perkara Itu Saya Tak Boleh Kawal’

    Penjelasan Jazmy

    Ketika ditemui Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, bagaimanapun tidak cepat melatah, malah menerima kritikan tersebut dan dijadikan sebagai pengajaran untuk memperbaiki mutu lakonan.

    Menurut Jazmy, dia menyifatkan segala kekurangan dalam lakonannya adalah ruang untuk terus belajar menjadi seorang pelakon versatil.

    Saya ambil ini sebagai satu pengajaran, saya akan terus berusaha menjadi seorang pelakon yang lebih bagus dan lebih baik daripada sebelum ini.

    Saya diberi peluang untuk menjadi lebih baik ialah daripada izin Allah. Setiap pergerakan dan percakapan saya semua dengan izin Dia.

    Kalau saya bagus sekalipun, semua itu datang daripada Dia. Manakala yang buruk daripada saya. Macam cliché ayat ni tapi memang saya pegang tentang ini.

    Jadi, setiap kali saya teruk (lakonan), saya akan belajar dari kesilapan tengok balik mana yang kurang dan perbaiki.

    Tambah Jazmy, dia juga tidak mengambil pusing akan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

    Tidak, saya ambil dari sudut positif.

    Kalau saya rasa tak bersemangat disebabkan komen-komen sebegitu, macam mana saya nak buat kerja?

    Jazmy berkata demikian ketika ditemui di sesi Meet & Greet Eksklusif Cadbury Dairy Milk Biscoff x Yes! Captain Zul Aaryan di The Starhill, Bukit Bintang pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Ojen Aiwah Berimej Baru, Ibu Menangis Bantu Potong Rambut – ‘Allah Akan Jaga Sebab Awak Anak Soleh

    Dalam masa sama, Jazmy memaklumkan bahawa dia juga sering menghadiri ke kelas lakonan jika berkesempatan sebagai persiapan sebelum memasuki set penggambaran.

    Saya ada pergi ke kelas, terutama kalau saya rasa belum cukup bersedia saya akan menghadiri kelas sebagai persiapan.

    Ramai juga cikgu-cikgu lakonan saya.

    Kalau ada masa untuk persiapan yang panjang, saya juga akan ke kelas sebab saya kadang kala perlukan idea dari luar.

    Sementara itu, Jazmy turut berkongsi beberapa orang aktor yang dijadikan rujukan dalam usaha memperkemaskan mutu lakonannya.

    Jazmy berkata, pengalaman menonton filem lakonan mereka sedikit sebanyak membantunya untuk membentuk karakter ketika menjayakan sesuatu babak.

    Leonardo DiCaprio, Que Haidar, Farid Kamil, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

    Filem-filem mereka ada di dalam kepala saya. Contohnya, watak pemarah yang dibawa oleh Que Haidar dalam filem Lagenda Budak Setan.

    Bila sudah jadi pelakon dan ada adegan marah, saya ambil contoh daripada dia.

    The post Jazmy Juma Tak Cepat Melatah Lakonan Dikritik Kurang Memuaskan – ‘Saya Belajar Dari Kesilapan & Akan Perbaiki’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah