31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘PN khianat Melayu kerana boikot perbahasan isu Tabung Haji’

    Shopee Sale

    Bersatu menghentam parti gabungan lain dalam PN kerana memulaukan sidang khas parlimen berkaitan isu kelemahan pengurusan Tabung Haji (TH).

    “Apabila amanah jutaan umat Islam dipersoalkan, kita tidak lari. Kita kekal, kita berbahas dan kita tuntut kebenaran.

    “Sebaliknya, saya kesal dengan tindakan ahli-ahli parlimen PN yang memilih untuk keluar dewan,” kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Afif Bahardin.

    Katanya, lebih mengecewakan ia melibatkan pemimpin Wawasan Hamzah Zainudin berada dalam kabinet ketika keputusan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

    Selain itu, Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan ketika itu merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan parlimen. 

    MENARIK:  Penganggur didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah

    “Jika dahulu bersetuju RCI diperlukan untuk mencari kebenaran, mengapa hari ini meninggalkan dewan ketika hasil siasatannya mahu dibahaskan?” soalnya.

    Katanya, pendirian Bersatu jelas.

    “..jika ada ketirisan, dedahkan. Jika ada salah guna kuasa, siasat. Jika ada yang mengkhianati amanah pendeposit, ambil tindakan tanpa mengira parti dan kedudukan. 

    “Tabung Haji bukan milik mana-mana parti. Ia adalah amanah umat Islam,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah