Seorang bekas guru taska dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah di atas pertuduhan cubaan membunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Artikel Berkaitan: Polis Tak Tolak Kemungkinan Permainan Dalam Talian Punca Abang Umur 9 Tahun Kel*r Leher Adik
Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Bangun Tidur, Temui Anak Berusia 6 Tahun Cedera Dikelar
10 tahun penjara

Memetik laporan Japan Today, Natsuki Sasayama, 23, didapati mengelar leher mangsa menggunakan pisau utiliti di sebuah pusat pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di Bandar Minamikyushu, Jepun pada Jun 2024.
Bukan itu sahaja, keputusan mahkamah juga mendapati tertuduh turut mencederakan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia setahun dengan menghempaskan mangsa ke sebuah rak sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung.
Dilaporkan sepanjang perbicaraan, isu utama yang diperdebatkan adalah sama ada tertuduh mempunyai niat untuk membunuh mangsa atau tidak.
Bagaimanapun, hakim yang mengendalikan kes berkenaan memutuskan bahawa tertuduh sedar akan tindakannya itu boleh membawa risiko kematian terhadap kanak-kanak terbabit.
Selain itu, hakim turut menyifatkan perbuatan tertuduh ‘amat mementingkan diri sendiri’, berikutan serangan itu dilakukan hanya kerana kanak-kanak berkenaan ‘tidak mesra dengannya’.
Sumber: Japan Today
The post Kel*r Leher Kanak-Kanak, Bekas Guru Taska Dipenjara 10 Tahun first appeared on OHBULAN!.





