31.7 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Giliran Wong Chen pula letak jawatan ahli parlimen

    Shopee Sale

    Bekas pemimpin kanan PKR, Wong Chen, hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang, berkuat kuasa hari ini.

    Menurutnya surat peletakan jawatan berkenaan diserahkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, pada 5 Ogos lalu.

    "Ini bagi memberi masa kepada pegawai-pegawai parlimen selama tiga hari bekerja untuk membuat persiapan bagi kekosongan kerusi parlimen Subang.

    "Kami telah mencapai persetujuan secara muafakat untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga 10 Ogos jam 5 petang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Perkembangan itu menyaksikan Wong menjadi wakil rakyat ketiga dari PKR yang meletakkan jawatan selepas bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).

    MENARIK:  24 kejadian lubang benam direkod sepanjang 2019 hingga 2024

    Wong memberitahu, pihaknya akan menggugurkan gelaran Yang Berhormat dari semua surat-menyurat mulai bulan depan.

    "Saya akan mengadakan sidang media pada jam 11 pagi Rabu ini," katanya lagi.

    Dalam surat yang dikongsikan di Facebook, Wong memaklumkan keputusan mengosongkan kerusi Subang itu dibuat secara sukarela.

    "Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri (Johari) dan seluruh warga Parlimen Malaysia atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang baik selama tiga penggal saya berkhidmat sebagai ahli parlimen," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah