Sahabat karib kepada personaliti media sosial Dahlia Rizal, meluahkan rasa terharu selepas menerima pelbagai jenis hadiah.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal & Imran Aqil Berjemaah Bersama Anak 5 Bulan, Raih Pujian Netizen
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Tahu ‘Password’ Suami, Hairan Ramai Kenalan Tak Kongsi Dengan Pasangan – ‘Saya Seorang Je Ke?’
Dahlia pemurah

Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai Adibah Azizi itu memuat naik foto hadiah-hadiah yang diberikan Dahlia kepadanya.
Berdasarkan hantaran tersebut, terdapat banyak barangan bayi dan kanak-kanak serta sebuah bungkusan dari jenama mewah.
Saya masih rasa macam mimpi dapat hadiah semua ini. Terima kasih Dahlia!
Hari Jumaat dan sedang hujan ini jom kita doakan semoga orang yang pemurah macam Dahlia dapat rezeki berlipat kali ganda dan selalu dirahmati Allah.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Adibah sebagai seorang yang bertuah kerana dikurniakan sahabat yang tidak lokek berkongsi rezeki.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji keikhlasan Dahlia yang bermurah hati dan mengembirakan rakan baiknya itu.
Sumber: Threads
The post ‘Banyaknya, Nak Buka Pun Shaking’ – Rakan Terharu Terima Hadiah Bertimbun Daripada Dahlia Rizal first appeared on OHBULAN!.





