30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bantuan Warga Emas 2026! Semak Kelayakan & Cara Permohonan

    Shopee Sale

    Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan bantuan tunai bulanan yang dilaksanakan khas buat warga emas di Malaysia bagi membantu kelangsungan hidup.

    Artikel Berkaitan: Finas Sedia Hulur Bantuan, Bantu Anak-Anak Arwah Dharma Harun Lengkapkan Pembelajaran Di Aswara

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Turun Padang Santuni 33 Keluarga, Beri Bantuan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

    Bantuan warga emas

    Memetik laporan Bantuan Online, kadar bayaran bagi warga emas yang diberi oleh JKM telah dinaikkan kepada RM600 sebulan bagi tahun 2026.

    Sementara itu, pemohon mestilah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan bantuan warga emas 2026.

    1. Warganegara Malaysia serta bermastautin di Malaysia.
    2. Berumur 60 tahun dan ke atas.
    3. Pendapatan bawah Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Tegar Semasa.
    4. Warga Emas tiada anak/ tinggal/ menumpang ahli keluarga yang berpendapatan melebihi PGK semasa.
    5. Bukan yang tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat Jagaan Harian/berkediaman dan pemberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
    6. Kes-kes melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

    Dalam kes “keperluan munasabah” atau situasi istimewa, pihak JKM di peringkat negeri atau wilayah boleh mempertimbangkan permohonan walaupun syarat asas mungkin tidak dipenuhi secara tepat.

    Ini cara untuk mohon bantuan warga emas 2026!

    Terdapat dua cara yang boleh digunakan sama ada secara ‘walk in’ atau secara dalam talian.

    Walk in: Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (daerah/jajahan/bahagian) dan isi borang permohonan.

    Online:

    1. Layari pautan Portal Rasmi eBantuan JKM.
    2. Pada halaman tersebut, klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
    3. Pilih negeri, daerah dan mukim mengikut tempat tinggal anda dan isikan makumat peribadi (nama, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya).
    4. Isikan kod pengesahan mengikut kod yang diberi.
    5. Setelah berjaya, log masuk untuk memohon.
    6. Pilih permohonan Bantuan Warga Emas (BWE).
    7. Masukkan segala maklumat yang diminta dengan lengkap.
    8. Hantar permohonan dan anda boleh cetak salinan sebagai rujukan.
    MENARIK:  Umai Ganti Amira Othman Di Pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir 

    Dokumen dan maklumat sokongan

    Selain itu, BWE juga memerlukan beberapa dokuman dan maklumat sokongan bagi memenuhi permohonan bantuan 2026.

    1. Salinan Mykad pemohon.
    2. Salinan Mykad ahli keluarga yang tinggal bersama.
    3. Surat penyata pendapatan daripada majika (jika ada).
    4. Pengesahan pendapatan daripada penghulu/ketua kampung/JPKK/MPKK.
    5. Pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri).
    6. Salinan bil utiliti untuk sahkan alamat kediaman.
    7. Salinan penyata akaun bank terkini atau slip pengesahan akaun bank (untuk kredit pembayaran jika borang lulus).

    Semak status permohonan

    Setelah selesai, pemohon boleh menyemak status permohonanan melalui laman Portal Rasmi JKM dan masukkan nombor kad pengenalan bagi semak sama ada status diluluskan, dalam proses atau tidak lulus.

    Sebarang info lanjut, anda boleh menerusi Portal Rasmi JKM, hubungi talian JKM 03-8000 8000 atau menerusi emel JKM pro_jkm@jkm.gov.my.

    Sumber: BantuanOnline

    The post Bantuan Warga Emas 2026! Semak Kelayakan & Cara Permohonan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah