28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir: Rumah Syahmi Sazli Di Kota Bharu Naik Air, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Dipermudahkan’

    Shopee Sale

    Kediaman pempengaruh dan usahawan, Syahmi Sazli di Kota Bharu antara yang terjejas akibat bencana banjir yang kini melanda negeri Kelantan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Dedah Isteri Terkandas Di Hatyai Akibat Banjir – ‘Hujan Makin Lebat, Jalan Ditutup’

    Rumah banjir

    Menerusi hantaran di TikTok, Syahmi berkongsi rakaman memaparkan keadaan luar rumahnya yang sudah dikelilingi air.

    Walau bagaimanapun, ketika perkongsian tersebut dibuat, kawasan dalam rumah Syahmi dilihat masih belum terjejas.

    Dalam video terbabit turut memperlihatkan hujan lebat yang turun tanpa henti, sekali gus mencetuskan kebimbangan wargamaya terhadap keselamatan Syahmi dan keluarganya.

    MENARIK:  Netizen Risau Keadaan Uqasha Senrose, Mohon Keluarga Bawa Jumpa Pakar – ‘Dia Perlukan Pertolongan’

    Sementara itu, usaha untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai keadaan Syahmi tidak berhasil apabila mesej serta panggilan telefon tidak mendapat respons.

    Di ruangan komen hantaran itu, ramai netizen menyuarakan rasa simpati dan menitip doa agar Syahmi sekeluarga dilindungi dan segala urusan dipermudahkan dalam menghadapi ujian banjir.

    Sumber: TikTok

    The post Banjir: Rumah Syahmi Sazli Di Kota Bharu Naik Air, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Dipermudahkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah