31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Imran Aqil Akui Daki Gunung Semasa Isteri Berpantang, Dedah Emosi Dahlia Rizal Tak Stabil – ‘Dia Rasa Meroyan Sampai..’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Imran Aqil menyorot perhatian apabila didakwa tidak berada di sisi isterinya, Dahlia Rizal dalam tempoh berpantang.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Didiagnos Sakit Kulit Rosacea, Kurangkan Aktiviti Sukan & Terdedah Cuaca Panas – ‘Penyakit Ini Tiada Ubat’

    Artikel Berkaitan: Imran Aqil Ucap Tahniah, Tumpang Bahagia Radin ‘Official’ Jadi Abang Ipar – ‘Selamat Datang Ke Keluarga Kami’

    Dahlia meroyan

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi sebuah podcast, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 27, berkongsi keadaan Dahlia ketika berpantang.

    Menurutnya, Dahlia berdepan masalah meroyan selepas melahirkan anak sulung mereka sehingga pernah terlintas untuk mencampakkan bayi tersebut.

    Ada momen dimana Dahlia bagitahu saya yang dia tak boleh nak tidurkan Yusra.

    Dia asyik menangis.

    Dia rasa meroyan sampai nak campak Yusra.

    Dalam pada itu, Imran menjelaskan dia tidak dapat menemani Dahlia semasa tempoh berpantang kerana berada di Nepal bagi menyertai aktiviti pendakian gunung selama 10 hari.

    Waktu itu aku tiada. Aku jujurlah, ketika itu aku pergi Nepal naik gunung 10 hari.

    Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi antara netizen yang berang dengan tindakan Imran meninggalkan isteri dalam keadaan berpantang.

    MENARIK:  Tak Perlu Panik Kalau Menganggur — Cari Kerja Sekarang Guna Aplikasi MYFutureJobs Je!

    Reaksi netizen

    Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 7 Mei.

    Sumber: Threads @kopiandkids

    The post [VIDEO] Imran Aqil Akui Daki Gunung Semasa Isteri Berpantang, Dedah Emosi Dahlia Rizal Tak Stabil – ‘Dia Rasa Meroyan Sampai..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah