Penyanyi, Nourul Depp memaklumkan dia dan keluarga tidak terjejas dengan bencana banjir besar yang melanda pulau peranginan Bali, Indonesia berikutan hujan lebat semalaman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tahu…Apabila Anak Tinggalkan Kita Atas Sebab Tertentu, Ia Menyakitkan’ – Nourul Depp
Artikel Berkaitan: ‘Ayu Baik, Kami Sakit Dia Jaga’ – Nourul Depp Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Anak Sulung Bermasalah
Terselamat

Menerusi hantaran di Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berkata, kawasan yang didiami terselamat daripada bencana alam itu.
Terima kasih yang menghantar mesej dan bertanyakan keadaan saya dengan keluarga di Bali. Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak terjejas dan banjir tidak melanda di kawasan kami.
Meskipun Nourul dan keluarga dalam keadaan baik, dia tetap menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terjejas.
Oleh itu, pelantun lagu ‘Kerana Terlaku’ menyeru pihak di luar sana untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.
Walau bagaimanapun saya berasa sedih dengan keluarga yang berada di Bali yang terjejas terutama di kawasan Denpasar.
Untuk semua rakyat Malaysia yang ingin membantu penduduk Bali boleh menghulurkan bantuan dengan cara mencari badan dan organisasi yang sepatutnya.
Boleh juga DM saya sebab sekolah kami sedang kumpul bantuan untuk meringankan beban mangsa yang terjejas
Terdahulu, media melaporkan Bali dilanda musibah banjir sejak minggu lalu sehingga meragut beberapa nyawa.
Susulan itu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) bersama Kerajaan Provinsi Bali mengisytiharkan status darurat selama seminggu di wilayah tersebut.
Sumber: Instagram
The post Bali Dilanda Banjir, Nourul Depp & Keluarga Dalam Keadaan Selamat – ‘Kami Tidak Terjejas’ first appeared on OHBULAN!.





