33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marissa Dania Kembali Kongsi Konten Di TikTok, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Awak Cantik Sangat, Stay Strong Dear’

    Shopee Sale



    Marissa Dania

    Selepas berehat seketika disebabkan kehilangan anak tercinta, pempengaruh Marissa Dania dilihat sudah kembali bekerja dan melakukan aktiviti hariannya.

    Kembali aktif berkonten

    Marissa Dania

    Menerusi perkongsian di Tiktok, Marissa memuat naik sebuah video terbaharu sebagai tontonan umum kepada pengikutnya.

    Klip berdurasi 18 saat tersebut memaparkan anak kepada aktres Abby Abadi itu sedang melintas jalan raya dengan mengenakan baju serba hitam.

    Tidak meletakkan sebarang kapsyen, Marissa sebaliknya hanya menggunakan lagu berjudul Hijrah Cinta nyanyian Datuk Seri Rossa sebagai muzik latar.

    Perkongsian tersebut sekali gus mengubati kerinduan pengikut dan peminatnya yang ‘dahagakan’ konten pempengaruh itu.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menitipkan kata-kata semangat buat Marissa supaya kuat mengharungi ujian yang menimpa.

    Malah, tidak kurang yang memuji kecantikkan yang dimiliki Marissa dalam video berkenaan.

    Terdahulu, bayi sulung kepada Marissa dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dilahirkan dalam keadaan pra matang.

    MENARIK:  U Mobile Lancar Pelan ULTRA5G Baharu. Ada Akses Keutamaan & Keselamatan Pintar!

    Difahamkan, Marissa yang sedang hamil enam bulan ketika itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

    Sementara itu, suami kepada Marissa, Ahmad Aslam mengesahkan berita tersebut dan meminta orang ramai mendoakan isterinya kembali sihat.

    Video

    " data-video-id="7409909833807187207">
    @marissadaniahakim_? Hijrah Cinta – Rossa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah