31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azmi Saat Dedah Anak Alami ‘Speech Delay’, Mula Jalani Intervensi Awal – ‘Dia Baru Nak Meniru Pergerakan’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, berkongsi perkembangan terkini anak perempuannya, Khalisa Insyirah yang berdepan masalah speech delay.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azmi Saat Berang Isteri Dakwa Dilayan Kasar Pegawai Bank Di Cheras – ‘Kami Hanya Buta Bukan Bodoh’

    Artikel Berkaitan: Azmi Saat Dapat ‘Baby Girl’, Nama Khalisa Insyirah

    Anak Azmi Saat speech delay

    Ketika ditemui , Azmi mendedahkan bahawa anaknya itu masih belum mampu bertutur seperti kanak-kanak lain seusianya meskipun telah menjalani terapi secara konsisten.

    Anak saya masih belum boleh bercakap lagi, dia speech delay. Kami dah hantar terapi selama setahun, rawatan seminggu sekali.

    Menurut Azmi, mereka juga telah menghantar Khalisa ke program intervensi awal sejak dua bulan lalu dan mula melihat sedikit perkembangan, walaupun belum menunjukkan kemajuan dalam aspek pertuturan.

    Baru dua bulan lepas kami hantar dia ke intervensi awal, ada nampak perkembangan cuma bercakap tu belum lagi. Dia masih baru nak meniru pergerakan.

    Cikgu dia kata kalau nak bercakap ni awalnya dia kena tiru cara bunyi dulu. Tapi dia belum sampai ke tahap itu lagi.

    Azmi berkata demikian pada majlis Sesi Santai Media yang meperdengar lagu solo terbaharu berjudul Satu di Redbox Karaoke The Gardens, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Jangan Ikut Cakap Mak Ayah Untuk Setia Pada Satu Kerja, Buang Mentaliti Work-Life Balance’ – Space Dollah

    Masih belum boleh bertutur

    Tambah pelantun lagu Satu ini lagi, Khalisa juga masih belum mampu memahami arahan dengan baik seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

    Dia pun belum boleh dengar arahan, kalau ikutkan usia dia 2 tahun setengah dah boleh faham dan bercakap tapi dia masih belum.

    Tapi perkembangan dia kalau saya panggil dia ajak ke mana-mana, dia faham dan ikut.

    Dalam pada itu, Azmi turut mengakui cabaran sebagai ibu bapa kurang upaya penglihatan yang sedikit sebanyak membataskan usaha mereka dalam membantu perkembangan anak di rumah.

    Dekat rumah tak ada buat apa-apa latihan, sebab kami bekerja. Lagipun bila kami sebagai ibu bapa yang tak nampak ni, agak terhad sedikit nak mengajar dia.

    Banyak benda yang kami tak dapat nak ajar contohnya mengenali warna, gambar dan sebagainya. Disebbakan itu kami hantar ke sekolah.

    Tapi kos yang agak mahal jadi kami hanya ambil kelas seminggu tiga kali sahaja dan tempoh pembelajaran selama tiga jam sehari.

    The post Azmi Saat Dedah Anak Alami ‘Speech Delay’, Mula Jalani Intervensi Awal – ‘Dia Baru Nak Meniru Pergerakan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah