29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tolong Jangan Tawar Artis Bayaran Rendah’ – Yuna Tegur Syarikat Besar

    Shopee Sale

    Penyanyi antarabangsa, Yuna tampil bersuara mengenai bayaran yang diberikan kepada anak seni yang tidak setimpal.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Kurang Setuju Guna AI Hasilkan Lagu, Kita Ramai Artis & Penulis Karya Berbakat’ – Yuna

    Artikel Berkaitan: Raih 1 Billion Strim, Yuna Buktikan Penyanyi ‘Independent’ Mampu Berjaya – ‘ Saya Berkarya Kerana Minat’

    Pesan buat syarikat besar

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 40, dilihat menegur tindakan segelintir syarikat besar yang masih menawarkan bayaran rendah kepada golongan anak seni.

    Menurut Yuna, syarikat besar sepatutnya menawarkan bayaran yang setimpal kepada anak seni sebagai tanda menghargai bakat mereka.

    Wahai syarikat besar, saya cakap ni dengan kasih sayang dan hormat

    Tolong jangan ‘lowball’ artis dengan tawarkan bayaran rendah atau separuh daripada kadar yang diminta.

    Menurut Yuna, anak seni bekerja keras untuk mengasah kemahiran dan bakat mereka sekali gus berharap hasil usaha tersebut mendapat penghargaan sewajarnya daripada pihak yang menggunakan khidmat mereka.

    Mereka dah berhabis masa seumur hidup untuk kuasai kemahiran tu. Hargailah bakat dan profesionalisme yang berkualiti.

    Sumber: Threads @yuna

    MENARIK:  Pengasas Coklat Memperkenalkan Program 'Charter' Untuk Menyewa Sebuah Kapal Terbang ke Pulau Langkawi

    The post ‘Tolong Jangan Tawar Artis Bayaran Rendah’ – Yuna Tegur Syarikat Besar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah