Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mempersoalkan tindakan segelintir individu yang tidak mengutamakan kebersihan diri mereka.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Terkilan, Nama Bapa Dijadikan Bahan Gurauan – ‘Mereka Panggil Anak Si Jebat Derhaka’
Artikel Berkaitan: ‘Ada Juga Yang Tak Nak Bagi Naik Lif, Tapi Saya Chill Saja’ – Ayda Jebat
Tak cuci tangan?

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, hairan dengan sikap wanita yang tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas.
Bila gadis cantik, beg tangan mahal, perfume bau kuat, betulkan rambut depan singki tapi bila keluar tandas tak cuci tangan..terus jalan.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak tersebut tetap bersangka baik dan mengingatkan pengikutnya di media sosial supaya sentiasa mengepam tandas selepas menggunakannya.
Husnuzon, mungkin dia dah cuci tangan guna air atau tisu dalam tandas. Atau dia masuk tandas untuk betulkan baju sahaja.
Apa-apa pun jangan lupa flush.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan pelantun lagu Pencuri Hati itu malah mereka juga pernah berdepan dengan situasi yang sama.
Menurut warganet, menjaga kebersihan adalah kewajiban setiap orang agar masyarakat dapat terhindar daripada sebarang penyakit.
Sumber: Threads Ayda Jebat
The post Ayda Jebat Kurang Senang Tengok Wanita Keluar Tandas Tak Cuci Tangan – ‘Cantik, Handbag Mahal..Perfume Bau Kuat’ first appeared on OHBULAN!.





