Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa rindu terhadap puteri kesayangannya, Hawra Uqaira, sekali gus menyentuh emosi ramai pengikut di media sosial.
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Terpaksa Tolak Tajaan Umrah, Perlu Selesaikan Komitmen Kerja – ‘Demi Allah, Terharu’
Rindu anak

Menerusi hantaran di Threads, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Adli, 39, berkongsi luahan ringkas yang menggambarkan perasaan seorang bapa yang sedang berjauhan daripada anaknya.
Ayah terlalu rindukan awak (Hawra Uqaira), anak.
Luahan tersebut turut disertakan dengan sebuah video yang memaparkan momen manis Kamal bersama Hawra ketika mereka ketawa dan bermain bersama.
Perkongsian berkenaan pantas mencuri perhatian warganet apabila ramai meluahkan rasa sebak serta berkongsi kisah peribadi membesar tanpa kehadiran figura seorang ayah.
Tidak kurang juga yang membayangkan perasaan Hawra sekiranya berada dalam situasi berpisah dengan bapa.
Dalam perkembangan lain, kemelut rumah tangga Kamal bersama isterinya, Uqasha Senrose terus menjadi perhatian umum sejak aktres berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Situasi tersebut berlanjutan apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu menasihati Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamain gagal mencapai persefahaman.
Namun begitu, peguam mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan lafaz cerai tidak berlaku berikutan Kamal masih berhasrat mempertahankan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan tersebut, Kamal dan Uqasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: Threads
The post ‘Ayah Rindukan Awak, Anak’ – Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.





