31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awie Tak Putus Asa ‘Rebel’ Kena Banding Dengan Filem Bajet Besar – ‘Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Terus Berkarya’

    Shopee Sale



    awie rebel

    Baru sahaja memulakan tayangan di pawagam, namun terdapat segelintir penonton telah mengkritik dan membandingkan filem Rebel dengan filem-filem yang lain.

    Rebel ada mesej

    awie rebel

    Pengarah filem tersebut, Datuk Awie menyatakan bahawa naskah sulungnya itu memperuntukkan kos yang sederhana jika hendak dibezakan dengan perbelanjaan filem-filem aksi yang lain.

    Justeru, adalah tidak adil untuk membandingkan Rebel dengan filem yang mempunyai bajet yang besar.

    Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain? Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.

    Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.

    Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula? Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat.

    Vokalis kumpulan Wings itu bagaimanapun amat berharap agar penonton terus memberi sokongan dengan menonton filem tersebut kerana percaya terdapat mesej dan pengajaran yang perlu disampaikan.

    Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu? Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu.

    Tak putus asa

    awie rebel

    Meskipun terpaksa menelan pahitnya realiti industri perfileman, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, tidak akan berputus asa untuk berkarya jika diberi peluang lagi berada dibangku pengarah.

    Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.

    Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.

    Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah. Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada.

    Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang.

    Sekadar info, Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan oleh Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.

    MENARIK:  Hazwani Helmi Kongsi Kebodohan Tentera Isra**l, Tak Pandai Sebut Nama – ‘Dia Panggil Saya Fazanawi, Kelakarnya’

    Selain Ben Amir dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

    Filem ini sudah mula menemui penonton di pawagam di seluruh negara bermula 2 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah