26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hazwani Helmi Kongsi Kebodohan Tentera Isra**l, Tak Pandai Sebut Nama – ‘Dia Panggil Saya Fazanawi, Kelakarnya’

    Shopee Sale

    Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Hazwani Helmi berkongsi satu pengalaman yang disifatkannya sebagai lucu ketika berada dalam tahanan tentera zionis Israel.

    Artikel Berkaitan: PU Rahmat Akui Khilaf, Mohon Maaf Gurau ‘Sama-Sama Banduan’

    Israel tak cerdik

    Hazwani, 28, berkata, walaupun terkenal dengan sistem pendidikan yang kononnya terbaik di dunia, tentera Israel ternyata gagal menyebut nama dengan betul dan sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan tahanan.

    Ini satu cerita kelakar. Konon kata pendidikan mereka antara terbaik di dunia. Walhal tak tahu mengira dan tak pandai sebut nama.

    Saya dua kali dipindahkan dalam penjara. Tentera zionis sebut nama-nama kami. Nama asal Zizi ialah Nur Fazelah, tapi mereka panggil Nur Fashon.

    Kami dalam itu terpinga-pinga, siapa pula nama Nur Fashon. Kami akhirnya beranggapan itu adalah Nur Fazelah. Celah mana Fazelah jadi Fashon.

    Adik kepada Heliza Helmi menambah, perkara itu tidak berakhir di situ apabila giliran namanya pula tidak disebut dengan betul.

    Itu okay lagi sebab masih huruf F di hadapan. Bila nama saya disebut pula, sentiasa berubah-ubah. Sekejap Nur Khawani, Nur Khazaway. Ada sekali dia panggil saya Fazanawi, ya Allah kelakarnya mereka.

    Selain momen lucu itu, Hazwani turut berkongsi detik ketika dia berdepan dengan tentera Israel yang cuba memperlekeh perjuangan rakyat Gaza dan menafikan kewujudan negara Palestin.

    Ada satu momen, saya dan sukarelawan melaungkan ‘free Palestine’. Kemudian tentera Israel pandang muka saya dan kata ‘free Palestine? It doesnt exits’ (Palestin tidak wujud).

    Kemudian saya balas semula, saya kata ‘you meant, Israel doesnt exits? Then I agree’. Lepas itu dia terus berlalu pergi.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  Nadeera Minat Siti Nurhaliza Seawal Usia Tiga Tahun

    The post Hazwani Helmi Kongsi Kebodohan Tentera Isra**l, Tak Pandai Sebut Nama – ‘Dia Panggil Saya Fazanawi, Kelakarnya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah