28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atu Zero Sanggup Buat ‘Show’ Percuma Demi Gembirakan Orang Lain – ‘Dulu Saya Kejar Wang, Sekarang Cukup Rasa Puas’

    Shopee Sale



    Atu Zero

    Lebih mengutamakan kepuasan, pelawak dan pelakon Atu Zero memberitahu dia kini tidak kisah soal bayaran setiap kali diundang membuat persembahan.

    ‘Persembahan percuma’

    Atu Zero

    Pernah melakukan persembahan secara percuma, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, berkata, kepuasan yang dicari adalah apabila dapat menghiburkan dan menggembirakan orang lain.

    Saya pernah buat show secara percuma, bukan saudara-mara, tapi kawan kepada orang rumah (isteri) saya. Kebetulan saya memang tak ada kerja waktu tu, saya pergi tolong la.

    Saya hanya mahu hiburkan orang, dapat pahala. Bila kita tengok orang gembira, hati rasa puas. Kalau dulu, mengejar wang tapi sekarang dah tahap janji orang gembira dah la.

    Atu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Duyung: Lagenda Aurora yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, pelawak yang berasal dari Sabah ini turut memberitahu dunia lawak kini sudah tidak sama ketika Allahyarham Pak Yus masih hidup.

    Katanya, arwah sering berkongsi rezeki kepada rakan-rakan pelawak yang berjuang menyara kehidupan.

    Kalau dulu arwah Pak Yus ada, dia yang jaga kami (pelawak). Bila dia tak ada, kami dah jadi bertebaran. Arwah berperanan seperti kalau ada kerja yang dia tak dapat buat, dia bagi kepada orang.

    Dia takkan tinggalkan rakan seperjuangan lain. Dia memang suka menolong, malah saya juga pernah ditolong oleh arwah. Sekarang, saya tak nampak ada individu yang boleh menggantikan arwah.

    Tapi ada saja individu seperti Pak Yus, cuma tak menonjol sangat. Saya pun jenis pentingkan diri tapi tetap ingat kawan-kawan juga. Kalau yang bujang, mungkin boleh hidup sendiri. Tapi yang sudah berkahwin, macam mana komitmen mereka, rasa kesian.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Dini Schatzmann, Merajuk Gara-Gara Janna Nick Larang Buat Rawatan Lentikan Bulu Mata 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah