Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil memberi penjelasan mengenai komen segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya meraikan sambutan hari lahir anak sulungnya, Lyla Mulan Teh bersama anak-anak yatim.
Artikel Berkaitan: Suami Atikah Suhaime Kesal Dengan Pemikiran Netizen, Isu Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim Dipersoal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Atikah Suhaime Jemput Anak-Anak Yatim Rai Hari Lahir Mulan – ‘Kamu Tak Lupa Pada Mereka Yang Kehilangan’
Penjelasan Atikah Suhaime

Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, meluahkan rasa terkilan apabila niat baiknya untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka disalahertikan oleh orang ramai.
Tak pasti kenapa orang pertikaikan sambut dengan anak yatim. Saya fikir mereka semua akan gembira.
Semua balik dengan hadiah, termasuk anak-anak tetamu saya.
Mereka nampak bouncy castle, terus tak nak balik sampai pukul 10.30 malam. Cikgu kena pujuk mereka balik. Saya pun sempat bermain sama.
Mulan suka berkawan. Abang-abang dan kakak-kakak ini semua sangat ramah dan suka melayan Mulan.
Mereka tak ada pemikiran negatif

Mengulas lanjut, Atikah menyifatkan kanak-kanak tersebut memilki pemikiran positif dan hati yang sangat baik. Malah mereka sama sekali tidak menyimpan perasaan cemburu sebaliknya menghargai setiap jemputan.
Secara jujurnya, anak-anak ni semua diorang tak ada pemikiran negatif, ‘jealous tengok orang ada mak ayah’.
Sebenarnya diorang sangat gembira kalau dapat jemput makan dekat luar, sambut hari jadi.
Korang akan terkejut mereka sangat positif sebab hati mereka ini suci. Kalau korang dah biasa buat CSR, korang akan tahu.
Dalam masa sama, Atikah turut menjelaskan tindakannya mendukung Mulan ketika majlis tersebut bukanlah untuk mempamerkan kemesraan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya dukung Mulan bukan sebab nak tunjuk kemesraan mak dan anak, tapi kalau saya bagi Mulan berjalan, memang jenuh nak kejar dia.
Saya harap sangat kalau korang semua ada rezeki, jemput saja anak-anak ini raikan bersama.
Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa tindakan Atikah dan suami, Lokman Teh menjemput anak yatim ke majlis sambutan hari lahir sebagai satu tindakan yang kurang sensitif.
Menurutnya, suasana sebegitu hanya akan membuatkan kanak-kanak tersebut merasa kehilangan dan hiba kerana tidak berpeluang merasai momen tersebut bersama ibu dan bapa mereka.
Sumber: Instagram Atikah Suhaime
The post Atikah Suhaimi Terkilan Niat Baik Rai Hari Jadi Dengan Anak Yatim Dipertikai – ‘Mereka Semua Gembira, Bawa Balik Hadiah’ first appeared on OHBULAN!.





