25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Kazim Elias Dirawat Di ICU, Saluran Jantung Sempit – ‘Mohon Solat Hajat & Doa Beliau Sembuh’

    Shopee Sale

    Penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami masalah jantung.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Malaysia, Indonesia Saja Yang Solat Pakai Telekung’ – Ustaz Kazim Elias

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kazim Elias Kongsi Doa & Petua Rawat Influenza

    Ustaz Kazim masuk hospital

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh abangnya, Mohd Najmuddin Elias di Facebook, memaklumkan bahawa penceramah itu dimasukkan ke hospital selepas menjalani prosedur bagi merawat saluran jantung yang sempit.

    Najmuddin menjelaskan, prosedur tersebut melibatkan penggunaan belon bagi membuka saluran darah yang tersumbat supaya aliran darah kembali lancar.

    Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.

    Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi.

    Ujar Najmuddin lagi, Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah itu dikatakan sering mengadu sakit yang dipercayai berkaitan dengan masalah jantung tersebut.

    Pihak hospital tidak membenarkan waktu ini dari sebagai lawatan kecuali isteri beliau

    Dalam pada itu, Najmuddin turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar adiknya itu kembali sembuh dan dapat meneruskan usaha dakwahnya.

    Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya.

    Sumber: Facebook Najmuddin Elias

    MENARIK:  ‘Mungkin Sudah Lama Tidak Ada Boy’s Band Yang Aktif Seperti Alpha’

    The post Ustaz Kazim Elias Dirawat Di ICU, Saluran Jantung Sempit – ‘Mohon Solat Hajat & Doa Beliau Sembuh’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah