27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perang AI: Jesus versi Iran tumbuk Trump hingga masuk neraka

    Shopee Sale

    Satu ‘pertempuran’ kecerdasan buatan (AI) yang mempunyai unsur keagamaan sedang berlegar di ruang siber ketika konflik sedang berlarutan di Asia Barat.

    Ia bermula apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuat naik imej janaan AI yang memaparkan dirinya berjubah putih dan berselendang merah, kelihatan sedang menyembuhkan seorang lelaki sambil dikelilingi empat figura yang mengaguminya, termasuk seorang jururawat dan seorang tentera.

    Di latar belakang, seekor helang terbang di hadapan bendera AS di sebelah kiri, manakala anggota tentera itu kelihatan sedang menuju ke arah cahaya ibarat syurga di bahagian tengah. Di sebelah kanan, seekor lagi helang terbang bersama jet tentera.

    Imej tersebut segera dibandingkan dengan Jesus atau Nabi Isa. Bagaimanapun, Trump menegaskan ia bertujuan untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang doktor.

    “Ia sepatutnya memaparkan saya sebagai seorang doktor yang memulihkan orang ramai, dan saya memang memulihkan orang ramai,” katanya kepada pemberita di White House selepas hantaran itu dipadamkan susulan kecaman, termasuk daripada pihak yang dianggap rapat dengan pentadbirannya.

    Sebagai tindak balas, Kedutaan Iran di Tajikistan berkongsi imej janaan AI yang menggambarkan Jesus dalam latar yang sama dengan hantaran Trump sebelum ini, tetapi dengan plot yang ganas.

    MENARIK:  Bekas presiden Korea Selatan dihukum penjara seumur hidup

    Imej itu menunjukkan Jesus menumbuk Trump yang berlumuran darah, dengan presiden AS itu jatuh ke lubang api yang boleh diibartkan sebagai neraka.

    Menurut laporan berita, video itu tular di X dan mendapat lebih 7 juta tontonan menjelang pagi Rabu.

    Hantaran Trump itu muncul selepas pertelingkahannya dengan Pope Leo, yang mengkritik kenyataan presiden AS itu bahawa seluruh tamadun Iran akan musnah jika Tehran gagal mematuhi tempoh masa yang ditetapkan AS berkaitan peranang di Asia Barat.

    Trump membalas dengan menggelar ketua agama Katholik itu sebagai lemah, sambil menyatakan Leo tidak menjalankan tugas dengan baik dan menuduhnya memihak kumpulan sayap kiri radikal.

    Presiden AS itu kemudiannya, menggandakan kritikannya terhadap Pope dalam hantaran di Truth Social, dengan menyatakan dia berharap seseorang akan memberitahu Pope Leo mengenai pembunuhan penunjuk perasaan di Iran dan menegaskan bahawa untuk Iran memiliki bom nuklear adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah