Baru-Baru ini telah berlangsungnya ASEAN-GCC-China Summit 2025.
Tapi korang tahu tak bahawa rundingan yang dijalankan ini memainkan peranan penting untuk membangunkan ekonomi negara kita?
Meh sini min terangkan mengapa negara kita ambil inisiatif mengadakan ASEAN-GCC-China Summit 2025 secara ringkas dan mudah supaya korang faham apa yang sedang kerajaan kita rangka sekarang.
Tiga perjanjian besar sedang dirangka dan dibahaskan.

Semasa berlangsungnya ASEAN-GCC-China Summit 2025, pemimpin dari negara Asia Tenggara, Negar-negara Teluk dan China duduk semeja berbincang mengenai bagaimana tiga kuasa ekonomi ini boleh bergabung tenaga dan mewujudkan perjanjian perdagangan yang baharu.
Hasilnya ada 3 perjanjian besar yang telah dirangka dan dibahaskan untuk mengubah landskap perdagangan di rantau ini secara menyuluruh.
- ASEAN-China Free Trade Area (ACFTA) 3.0 (hampir siap, dengan fokus pada ekonomi digital, hijau dan peraturan moden)
- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-GCC (hampir dimuktamadkan)
- FTA ASEAN-GCC (masih di peringkat awal, kajian telah siap dijalankan dan rundingan akan bermula)
Kalau korang nak tahu perjanjian ini bersifat menyeluruh dan bukanlah berasingan. Ianya merupakan perjanjian yang dirangka bagi melengkapi struktur perdagangan tiga hala diantara Asia Tenggara, Timur Tengah dan China.
Sekaligus menjadi satu blok ekonomi yang bukan saja besar, tapi juga stabil dan strategik.
Mengapa tindakan ini penting?


Perdagangan ASEAN-GCC pada 2022: USD130.7 bilion — dan dijangka naik 30% setiap tahun.
Perdagangan ASEAN-China: USD722 bilion — China kekal rakan dagang terbesar ASEAN selama 14 tahun.
Korang nampak tak data diatas? Data ini jelas menunjukkan bahawa potensi perdagangan di rantau ini sangat besar.
Gabungan ini boleh:-
- Mengukuhkan sistem perdagangan bebas berasaskan peraturan (rules-based trade).
- Memberi keyakinan dan kepastian kepada pelabur antarabangsa.
- Meletakkan ASEAN sebagai pusat utama dalam sistem perdagangan global yang baharu.
Apa yang negara kita cuba buat?
Sebagai pengerusi ASEAN, negara kita ambil inisiatif anjurkan ASEAN-GCC-China Summit 2025. Tindakan ini diambil bagi tujuan:-
- Mempercepatkan ACFTA 3.0.
- Mahu rundingan FTA ASEAN-GCC dimulakan segera.
- Mencadangkan penubuhan badan tetap untuk mengurus dan menyelaras semua laluan perdagangan ini.
- Mengusulkan pembentukan majlis perniagaan serantau supaya sektor swasta boleh sama-sama ambil peluang.
Bukan itu je korang, kerjasama ini turut boleh diperluas ke sektor strategik seperti kewangan Islam, ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui.
Namun perkara ini masih dalam perbincangan. Tapi andai kata ianya menjadi sebahagian daripada perjanjian yang sedang dirangka banyak manfaat ekonomi yang kita akan terima.
Dalam masa yang sama ia akan buka ruang kepada kerjasama yang lebih inovatif dan mampan.
Kesimpulannya, kita boleh lihat Malaysia sedang berada di landasan yang betul dalam usaha memperkasakan lagi ekonomi negara.
Semoga lebih banyak usaha sebegini diadakan bagi mengukuhkan lagi nama negara kita di mata dunia.
Kita dah tak boleh tinggal diam apatah lagi sebagai pengerusi ASEAN. Langkah untuk memimpin perlu diambil bagi memastikan kita terus maju kedepan dalam membina rangkaian perdagangan yang lebih kukuh dan maju.
Layari untuk lebih info.
Rujukan penulisan:
- Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah (2025) ASEAN-GCC-China: Building a Resilient Trilateral Trade Architecture, Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.
The post ASEAN-GCC-China Summit 2025: Ini Kesimpulan Rundingan Yang Diadakan first appeared on OHBULAN!.





