25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ariff Peter Dah Jumpa Firdaus Wong, Mohon Maaf Isu Video Wanita Mualaf – ‘Saya Sangat Menyesali Tindakan Saya’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ariff Peter tampil membuat permohonan maaf susulan penularan video seorang wanita mualaf yang hadir ke premis tempat dia bekerja dipercayai mahu membuat pinjaman wang.

    Ariff mohon maaf

    " data-video-id="7508214766712704264">
    @bossariffpeterTerima kasih Tuan Firdaus Wong atas nasihat & teguran kepada saya yang serba kekurangan ini ???? original sound – Ariff Peter

    Menerusi TikTok, Ariff mengakui kekhilafannya yang telah memuat naik video itu tanpa memeriksa latar belakang wanita mualaf tersebut.

    Ujarnya, dia juga telah mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong terhadap isu ini.

    Saya sebenarnya bekerja sebagai seorang perunding di sebuah syarikat perunding di Kuala Lumpur yang mana kami menawarkan khidmat ini secara percuma kepada semua berkaitan hal kewangan.

    Ramai yang datang setiap hari termasuklah wanita mualaf tersebut.

    Tetapi saya tak dapat membantu dia kerana tidak memenuhi kelayakan ditetapkan syarikat dan saya sendiri tak boleh teruskan ke proses yang seterusnya.

    Saya juga mengakui kekhilafan kerana memuat naik video tersebut tanpa memeriksa latar belakang atau memeriksa cerita yang disampaikan wanita mualaf tersebut.

    Dalam pada itu, Ariff juga dinasihati Firdaus untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik apa-apa konten yang dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah kepada agama.

    Tuan Firdaus Wong juga telah menasihati saya untuk lebih berhati-hati kerana hal ini juga berkait rapat dengan soal agama dan boleh jatuh fitnah.

    Saya sangat menyesali tindakan saya dan berjanji kepada rakyat Malaysia untuk tidak mengulangi lagi kesilapan ini di masa depan.

    Jadi saya minta maaf dengan tindakan saya yang mungkin telah mengguris hati mana-mana pihak dan merayu kepada netizen untuk memberi peluang kepada saya memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

    Terdahulu, seorang wanita mualaf datang berjumpa Ariff dan berkongsi mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya sehingga tekad untuk kembali pada agama asal.

    MENARIK:  ‘Tidak Tinggal Solat, Rajin Mengaji & Pemurah’ – Orang Ramai Singkap Sisi Sebenar Allahyarham Bung Moktar

    Wanita itu mendakwa dirinya dicurangi oleh suami dan ditinggalkan dengan keadaan dirinya yang sedang mengandung.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah