28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ariel Fesol Berhenti Kerja Pramugara – ‘Saya Sudah Fikir Masak-Masak’

    Shopee Sale

    Setelah dinobatkan sebagai juara Big Stage Alpha, Ariel Fesol membuat keputusan untuk berhenti bekerja sebagai pramugara sebuah syarikat penerbangan demi mengejar cita-citanya menjadi penyanyi profesional.

    Artikel Berkaitan: Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha, Penantian 16 Tahun Berbaloi

    Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Jadi Peserta Paling Berusia, Umur 37 Bukan Penghalang Bersaing Dengan Gen-Z

    Berhenti terbang

    Enam tahun berlegar di awan biru, Ariel atau nama lengkap Muhamad Fhazrill Fesol, 27, berkata, dia membulat tekad dan sudah fikir sehabis baik sebelum membuat keputusan itu.

    Saya sudah fikir masak-masak dan buat keputusan untuk tinggalkan dunia penerbangan.

    Saya mahu teruskan impian saya untuk menjadi penyanyi. Ini adalah permulaan daripada segala penantian yang saya tunggu selama ini.

    Enam tahun saya bergelar pramugara, bukan saya tidak bersyukur sepanjang kerja di sana tetapi kini mahu buat dan hidup dengan kerja yang saya suka.

    Ariel berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Akhir Big Stage Alpha yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, pada Ahad.

    Terdetik berhenti menyanyi

    Berkongsi perasaan diumumkan sebagai juara, bekas peserta Idola Kecil musim ke-2 itu bersyukur dia akhirnya berjaya meraih impian yang selama ini ingin dikecapi meskipun pernah terdetik untuk berhenti menyanyi pada 2019.

    Allah yang tolong saya menjadi juara. Lima tahun lalu saya pernah sertai ujibakat Big Stage tapi ditolak kerana tidak memiliki jumlah tontonan yang tinggi. Akhirnya saya di sini.

    Saya menantikan momen ini selama 16 tahun bermula dari zaman Idola Kecil. Macam-macam pertandingan saya masuk, tapi seperti tidak dihargai.

    Sehingga satu titik saya pernah berasa berputus asa, pada 2019 saya mahu tinggalkan industri dan tidak mahu lagi menyanyi. Sebab itu saya kerja sebagai pramugara.

    Walau jauh saya cuba berlari, namun tetap dalam hati itu saya tidak boleh tipu yang minat saya tetap dengan dunia nyanyian.

    Menerusi kemenangan itu, Ariel berjaya membawa pulang wang berjumlah RM30,000 beserta trofi sekali gus mengetepikan enam finalis lain.

    MENARIK:  Remaja Mengaku Rogol Rakan Bawah Umur Sebanyak 3 Kali Di Hotel

    The post Ariel Fesol Berhenti Kerja Pramugara – ‘Saya Sudah Fikir Masak-Masak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah