28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Areef Amran Suka ‘Vibe’ Raya Di Kampung – ‘Boleh Naik Motor & Pergi Memikat Ayam Atau Burung’

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Areef Amran berkongsi rutin apabila pulang ke kampung halaman setiap kali menyambut hari raya bersama keluarga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Areef Amran Enggan Watak Pelajar Sekolah – ‘Sudah Sampai Had Umur Untuk Watak Itu’

    Artikel Berkaitan: Raya Kampung atau Bandar, Tradisi Tetap Sama Dengan Tropicana

    Rutin di kampung

    Ketika ditemui , Areef, 28, akui lebih selesa dengan kehidupan di kampung yang disifatkan sederhana.

    Dalam pada itu, Areef memaklumkan beberapa aktiviti yang sering dilakukan di kampungnya, Johor bersama saudara-mara.

    Rutin saya bila balik memang dah jadi orang kampung, naik motor pusing-pusing. Kampung saya di Muar, Johor dan satu lagi di Sungai Rampai, Melaka.

    Dekat kampung best sebab boleh naik motor, pusing rumah saudara yang dekat-dekat dengan rumah. Malam pula main mercun. Kadang-kadang pergi memikat ayam atau burung dekat hutan.

    Areef berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara.

    MENARIK:  ‘Saya Cabar Anda Untuk Buktikan Saya Yang Buat Report Pasal Abang Bas’ – Diana Danielle

    Menjawab mengenai persiapan raya, pelakon berusia 28 tahun itu memaklumkan keluarganya masih mengekalkan tradisi warna sedondon setiap tahun bagi menyambut kemeriahan hari raya.

    Baju raya tak cerewet. Sebelum ini keluarga saya selalu tempah, tapi dah beberapa tahun ini saya cakap dekat keluarga suruh beli saja sebab lebih senang.

    Biasanya sedondon satu keluarga.

    Duit raya pun dah disediakan, saya beri ikut kemampuan saya.

    The post Areef Amran Suka ‘Vibe’ Raya Di Kampung – ‘Boleh Naik Motor & Pergi Memikat Ayam Atau Burung’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah