Selepas kejayaan lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’, penyanyi Ara Johari muncul dengan lagu terbaharu berjudul ‘Terlalu Bodoh’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ara Johari Gagal Kawal Emosi, Peminat Menangis Dengar ‘MJOL’ – ‘Saya Ditinggalkan Hidup’
Artikel Berkaitan: Ara Johari Setuju Cadangan ‘Bersih’ Lokasi Amad Dayyan Pengsan – ‘Terasa Macam Diperhatikan’
Kekalkan konsep ‘galau’

Masih mengekalkan konsep ‘galau’, karya ciptaan komposer seberang Ilham Baso ini merupakan kesinambungan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 28, berkata, lagu ini lebih meluahkan rasa sakit hati yang mendalam apabila dicurangi pasangan yang mereka cintai sepenuh hati.
‘Terlalu Bodoh’ ini merupakan kesinambungan dari lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’.
Ianya tentang seseorang yang bermati-matian demi cinta namun akhirnya dicurangi. Ara rasa ramai pendengar dekat luar sana boleh ‘relate’ dengan lagu ini.
Tambah Ara, ‘Terlalu Bodoh’ melalui proses rakaman di Indonesia pada September lalu.
Saya masih mengekalkan khidmat komposer yang sama Ilham Baso, penggubah muzik, Adrian Rahmat Purwanto dan bimbingan vokal daripada Bowo Soulmate.
Lagu ini diedarkan oleh Universal Music Malaysia dan boleh mula distrim di semua platform media bermula 19 November ini.
Untuk rekod, ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ yang dilancarkan pada 30 Julai 2024 kini mencatat sebanyak 75 juta pendengar di pelantar strim dan YouTube.
The post Ara Johari Lancar Single Baharu ‘Terlalu Bodoh’, Sambungan Kepada ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.





