29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tahu Tidak Sempurna Tapi Akan Cuba Sebaik Mungkin Jadi Isteri Yang Taat’ – Bella Astillah

    Shopee Sale

    Ucapan istimewa penyanyi, Bella Astillah buat suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengundang rasa sebak dalam kalangan ramai.

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

    Artikel Berkaitan: Segunung Emas, Sambung Pengajian & Pakej Umrah Antara Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah

    Ucapan Bella untuk Saddiq

    View on Threads

    Menerusi muat naik yang dibuat oleh @niksahira_ di Threads, Bella, 32, meluahkan rasa terharu selain bersyukur apabila suaminya itu memilihnya sebagai teman hidup.

    Menurut Bella, dia akan cuba yang terbaik menjadi seorang isteri yang taat pada suaminya.

    Terima kasih kerana sudi memilih saya. Saya tahu saya tidak sempurna dan ramai lagi pilihan di luar sana tapi saya inshaa-Allah akan cuba sebaik mungkin untuk jadi isteri yang taat dan solehah.

    Bella berkata demikian ketika diminta untuk memberi ucapan dalam satu majlis tertutup yang diadakan usai majlis nikahnya pada pagi tadi.

    MENARIK:  [VIDEO] Sabronzo Bimbing Suami Dalam Soal Agama – ‘Selagi Kehidupan Dipenuhi Cinta, Insya-Allah Semua Okay

    Terdahulu, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada pagi Sabtu.

    Untuk rekod, Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

    Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Alif Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk semula namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

    Hasil perkahwinan itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Tahu Tidak Sempurna Tapi Akan Cuba Sebaik Mungkin Jadi Isteri Yang Taat’ – Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah