26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak-Anak Pun Dia Tidak Pernah Jentik’ – Aliff Aziz ‘Like’ Komen Netizen Sebut Rindu Ayden & Ara

    Shopee Sale

    Penyanyi, Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat menyukai satu komen di media sosial yang menyatakan dirinya merindui anak-anaknya, iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Rindu Anak-Anak – ‘Untuk Ayden & Ara, Tiada Satu Hari Pun Yang Daddy Tak Ingat Tentang Awak Berdua’

    Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Kembali Menyanyi, Netizen Puji Suara Unik

    Rindu anak-anak

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz, 34 memuat naik video dirinya menyanyi lagu Kepadamu Kekasih, nyanyian asal oleh penyanyi, Hattan, Jamal Abdillah, and M. Nasir.

    Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya tidak menafikan bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah itu mempunyai suara yang merdu.

    MENARIK:  Sissy Iman Teruja Jadi Pengacara Majlis Nikah Amira Othman & Fattah Amin

    Di sebalik pujian terhadap nyanyian Aliff, segelintir netizen turut menyelitkan pandangan bahawa penyanyi itu mungkin sedang merindui anak-anaknya.

    Sementara itu, seorang individu turut mempertahankan Aliff dengan menyatakan sebagai seorang bapa sudah tentu dia merindui anak-anaknya.

    Malah menurutnya, Aliff juga tidak pernah memukul mereka sebelum ini.

    Lebih menarik, Aliff turut menyukai dua komen itu seakan memberi isyarat bahawa dia bersetuju dengan luahan netizen tentang perasaannya terhadap anak-anak.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Anak-Anak Pun Dia Tidak Pernah Jentik’ – Aliff Aziz ‘Like’ Komen Netizen Sebut Rindu Ayden & Ara first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah