27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dah Habis Air Mata, Allahuakhbar’ – Aufahanie Hilang Kata-Kata

    Shopee Sale



    Penyanyi, Aufahanie tiba di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah selepas penemuan mayat abangnya, arwah Nidza Afham yang hilang selepas keluar joging pada malam Selasa.

    Tak tahu nak cakap macam mana

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Aufahanie Mokhtar seakan hilang kata-kata sewaktu ditanya mengenai penerimaannya dan ahli keluarga sewaktu mendapat berita mengenai kematian arwah abangnya itu.

    Tak tahulah nak cakap macam mana, Allahuakhbar.

    Menurut Aufahanie, dia dan ahli keluarganya juga tidak tenang memikirkan keberadaan abangnya sejak dilaporkan hilang.

    Dah habis air mata, dari semalam tak tidur…makan pun tak.

    Aufahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Hospital Shah Alam pada malam Rabu.

    Ketika ditanya bilakah kali terakhir berkomunikasi, pelantun lagu ‘Geming Jiwa’ ini memaklumkan bahawa dia sangat rapat dengan arwah Nidza.

    Saya begitu rapat dengan arwah abang. Dalam tujuh orang adik-beradik kami, dia (arwah) nombor lima, saya nombor enam dan boleh dikatakan saya paling rapat dengan dia.

    Terdahulu, Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti joging di Stadium Klang.

    MENARIK:  Terkena Jangkitan Sampai Demam & Sakit Badan! Zarina Anjoulie Menyesal ‘Buat’ Hidung Di Vietnam – ‘Klinik Tak Bersih’

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.

    Sekitar jam 7 malam hari ini, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang.

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah