23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amy Search Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 44 Tahun Cipta Fenomena, Gegarkan Axiata Arena 26 April Ini

    Shopee Sale



    Penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search, akan mengukir sejarah baharu dalam kariernya apabila bakal menjayakan konsert solo pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.

    Lebih empat dekad dalam industri

    Konsert yang diberi nama Amy Search Magic Konsert Solo Pertama ini dijangka menjadi salah satu detik paling penting dalam perjalanan seni Amy yang telah berkelana selama lebih empat dekad dalam industri muzik.

    Selepas 44 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Search, Amy kini bersedia untuk menonjolkan sisi berbeza dan langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk mempersembahkan kehebatannya secara lebih mendalam dan intim kepada peminat.

    Dengan pengalaman yang luas dan bakat yang tiada tandingan, konsert yang dibawakan secara eksklusif oleh The White Group dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia ini dijangka menjadi satu persembahan epik yang akan terus dikenang oleh peminat.

    Hadiah buat peminat

    Menurut Amy atau nama lengkapnya  Suhaimi Abdul Rahman, 65, konsert yang bertemakan ‘Magic’ ini bukan sahaja simbol pencapaian peribadi, tetapi juga penghormatan kepada semua peminat yang menyokong perjalanan seninya sejak awal.

    Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya. Setiap nota dan lirik membawa kisah yang berbeza, melambangkan suka duka yang saya lalui dalam industri ini. Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untuk merasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini.

    Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan sahaja muzik, tetapi juga jiwa saya. Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalaman hidup yang telah membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi saya yang jarang mereka ketahui.

    Saya percaya konsert ini akan menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan, kerana ia akan dipenuhi dengan warna kehidupan saya yang penuh dengan pelbagai emosi. Dengan tema ‘magic’, saya berharap peminat akan merasakan betapa istimewanya perjalanan ini.

    Sokongan terhadap Amy

    Dalam pada itu, konsert solo tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada anggota Search yang lain, iaitu Nasir, Hillary, dan Man Kidal. Sokongan ini membuktikan hubungan antara Amy dan kumpulan Search kekal erat meskipun dia menjayakan konsert tanpa kehadiran rakan seperjuangan.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Atikah Suhaime, Tengah Mual Boleh Masak Untuk 10 Orang – ‘I Tak Rasa Stress Ketika Preggy’

    Bukan itu sahaja, barisan pemuzik yang bakal mengiringi Amy adalah antara yang terbaik dalam industri, bagi memastikan setiap lagu yang dipersembahkan mencapai standard tertinggi. Penonton juga bakal disajikan dengan perjalanan karier Amy sepanjang lebih empat dekad yang kaya dengan pelbagai lagu hits dan kenangan manis.

    Konsert ini turut mendapat sentuhan kreatif daripada Jennifer Thompson, seorang pengarah konsert yang disegani di Malaysia dan pimpinan muzik akan diketuai oleh Rie Tsuji.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkat tiket di http://www.wowtix.com.my. Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kamilah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah