30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amira Othman Tunggu Hari Bersalin, Fattah Amin Teruja Sambut Ahli Keluarga Baharu – ‘Doktor Kata Bila-Bila Masa’

    Shopee Sale

    Pelakon, Fattah Amin memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman kini hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka.

    Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Amira Othman Sertai Ibadah Korban, Netizen Terharu Nama Fatima Ada Sekali

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Bertubi-Tubi, Fattah Amin & Amira Othman Tegur Haters – ‘Tak Suka Jangan Tengok, Kau Kenapa Nyah?’

    Tunggu hari nak bersalin

    Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata doktor memaklumkan proses kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa dan segala persiapan untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baharu telah disiapkan sepenuhnya.

    Memang betul, isteri saya menunggu hari untuk bersalin. Kalau tidak dia mahu ikut saya main pickleball sebab dia pun duta Urtv dan Amber. Namun, dia sedang sarat dan saya risau dengan keadaannya kalau ikut.

    Alhamdulillah, segala persiapan sudah siap sepenuhnya dari segi barang bayi dan ibu juga. Semua barang itu sudah letak dalam kereta. Tunggu nak bawa terus ke hospital. Doktor beritahu bila-bila masa sahaja boleh bersalin.

    Jantina sudah pasti kami berdua sudah tahu, cuma kami tidak akan maklumkan sekarang. Tunggu sehingga selamat melahirkan nanti.

    Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Allstars Picklebash 2.0 yang berlangsung di Pickle Social Club, Damansara, pada Khamis.

    MENARIK:  Havoc Food Festival Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

    Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah mengakui perasaan gementar tetap dirasai meskipun sudah mempunyai pengalaman bergelar bapa.

    Menurutnya, setiap proses kehamilan dan kelahiran pastinya berbeza, justeru dia sentiasa berharap agar segala urusan dipermudahkan.

    Saya minta doa daripada semua pihak supaya Amira akan bersalin dengan selamat dan dipermudahkan, insya-Allah.

    Saya agak gemuruh juga sebenarnya nak menyambut anak kami ini. Lain orang, lain pengalamannya. Saya hanya minta ibu dan anak nanti selamat.

    Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

    Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 27 November 2017. Bagaimanapun, pasangan tersebut disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

    Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima.

    The post Amira Othman Tunggu Hari Bersalin, Fattah Amin Teruja Sambut Ahli Keluarga Baharu – ‘Doktor Kata Bila-Bila Masa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah