Havoc Food Festival (HFF) anjuran Havoc Event & Management Sdn. Bhd. melakar sejarah tersendiri apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Largest Food Festival Tour Malaysia selepas berjaya menjelajah 14 negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Artikel Berkaitan: Havoc Food Festival Pilih Negeri Sembilan & Sabah.. Azza Elite, Reen Rahim, Ojen Aiwahh, Cat Farish Antara Selebriti Bakal Meriahkan
HFF cipta sejarah

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman berkata kejayaan tersebut adalah hasil dedikasi semua yang terlibat termasuk pengunjung.
Dari Johor hingga Sabah, dari Sarawak hingga Perlis, HFF bukan sekadar tentang makanan, ia tentang komuniti, kebersamaan, dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia.
Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara, dan kami berbangga menjadi pemacu utamanya.
Bukan sekadar pesta makanan, HFF juga membolehkan para usahawan mempromosikan jenama, meningkatkan jualan dan mengembangkan rangkaian perniagaan.
Tidak hanya itu, HFF juga membantu merancakkan ekonomi setempat, sektor pelancongan serta seiring usaha menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.
Pencapaian HFF

Sepanjang berlangsungnya festival bersiri ini, HFF mencatat beberapa pencapaian mengagumkan antaranya ialah menarik lebih 18 juta pengunjung sepanjang siri jelajah, menghimpunkan kira-kira 300 usahawan dan selebriti F&B dari pelbagai latar belakang.
Selain itu, mempersembahkan hidangan warisan setiap negeri serta menu viral terkini, menyediakan zon mesra keluarga, persembahan artis popular, dan pameran usahawan mikro dan PKS.
Dengan pengiktirafan ini, HFF bukan sahaja mencatat sejarah baharu, malah menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran festival makanan berskala mega di Malaysia.
HFF juga menjadi inspirasi kepada penganjur lain untuk terus mengangkat industri kulinari tempatan ke pentas dunia.
The post Havoc Food Festival Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records first appeared on OHBULAN!.





