33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Halang Dia Berjumpa Dengan Anak’ – Aireena Sofia

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Aireena Sofia tampil memberikan respon berhubung dakwaan dia tidak membenarkan bekas suami Haqiem Stopa untuk bertemu dengan anak mereka.

    Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Dakwa Sukar Bertemu Anak – ‘Aku Tahu Silap, Tapi Nak Jumpa Darah Daging’

    MENARIK:  Pilihan yang Lebih Baik bagi Saya adalah 'Family Man' Tanpa Membawa Status Keluarga! - Trisha Ooi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Orang Tanya Macam Mana Keadaan Sekarang…Saya Sunyi’ – Haqiem Stopa Akui Khilaf Sendiri Dalam Perkahwinan

    Penjelasan Aireena

    " data-video-id="7652013253630971143" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @uusserrnotfoundd00

    semoga jane sentiasa kuat di sisi Allah #janganberfitnah #taklarangjumpaanak #fypp

    ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aireena menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak pernah menghalang bekas suami untuk bertemu dengan anak mereka.

    Setiap perjumpaan saya tak ada deal apa-apa, memang dia mesej dengan mak saya.

    Saya tak pernah halang untuk dia berjumpa dengan anak. Tidak langsung, tiada halangan dan sebagainya.

    Setiap bukti semua ada dengan saya.

    Dalam masa yang sama, Aireena juga kelihatan sebak apabila mendakwa dirinya dihujani dengan pelbagai fitnah berhubung isu itu.

    Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai mak dan dia pun jalankan tanggungjawab dia sebagai bapa.

    Ramai orang fitnah saya macam-macam.

    Sebelum ini, Haqiem meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa sukar untuk bertemu dengan anaknya lelakinya, Hud selepas bercerai dengan bekas isteri.

    Haqiem berkata, dia telah mencuba untuk mengikuti setiap syarat dan menyesuaikan diri dengan jadual padat Aireena.

    Terdahulu Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Halang Dia Berjumpa Dengan Anak’ – Aireena Sofia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah