30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Anak Bongsu Mahu Bakal Isteri Tinggal Bersama Ibu, Peguam Syarie Perjelas Hukum Tempat Tinggal Isteri

    Shopee Sale

    Seorang peguam Syarie dikenali Aiman tampil mengulas dari sudut undang-undang dan hukum syarak mengenai isu seorang lelaki yang bakal berkahwin dan berhasrat membawa isterinya tinggal sebumbung bersama ibunya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Laporan Polis Didakwa Tersebar, Peguam Nasihat Cik Epal Lapor Kepada JIPS – ‘Kes Masih Dalam Siasatan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Ulas Tindakan Nubhan Didakwa ‘Ceroboh’ & Pindah Barang Dr Afifah Tanpa Izin – ‘Dia Perlu Buat Permohonan’

    Rumah

    View on Threads

    Menurut Aiman, dari segi hukum seorang isteri berhak mendapat rumah kelamin yang khusus untuk dirinya, suami dan anak-anak sahaja tanpa berkongsi dengan orang lain. 

    Aiman turut menegaskan bahawa penyediaan tempat tinggal yang selesa dan privasi adalah sebahagian daripada nafkah yang wajib ditunaikan oleh seorang suami.

    Rumah kelamin mesti rumah yang tidak berkongsi dengan sesiapa kerana ia khusus untuk suami, isteri dan anak sahaja.

    Syarat rumah mesti dipenuhi kerana ia adalah nafkah untuk isteri.

    Bagaimanapun, dia tidak menafikan wujud situasi di mana suami terpaksa membawa isteri tinggal bersama ibu atas faktor-faktor tertentu. 

    MENARIK:  [VIDEO] Syafiq Kyle Teruja Beraya Dengan Keluarga Besar Mimi Lana – ‘Saya Rasa Yang Manis Apabila Balik Kampung Berdua’

    Namun, Aiman menjelaskan terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi bagi memastikan hak isteri tidak terabai.

    Jika nak letak dalam satu rumah, pastikan isteri ada ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air yang berasingan dengan ibu atau mana-mana orang.

    Dalam pada itu, Aiman turut menyarankan agar lelaki tersebut menyewa rumah yang berdekatan dengan kediaman ibunya.

    Sebaiknya, sewa dekat dengan ibu jika situasi encik ni supaya mudah nak pantau ibu dan laksanakan tanggungjawab kepada isteri. 

    Sebelum ini, tular sebuah kisah mengenai seorang lelaki yang juga merupakan anak bongsu dalam keluarga meluahkan rasa buntu apabila bakal isterinya tidak bersetuju untuk tinggal bersama ibunya selepas mereka berkahwin kelak.

    Sumber: Threads

    The post Isu Anak Bongsu Mahu Bakal Isteri Tinggal Bersama Ibu, Peguam Syarie Perjelas Hukum Tempat Tinggal Isteri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah