29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amir Raja Lawak Mohon Stesen Televisyen Lunaskan Baki Bayaran – ‘Saya Perlukan RM18,000 Itu’

    Shopee Sale

    Pelawak Amir Raja Lawak mendakwa stesen televisyen terkenal masih tidak melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM18,000.

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Dah ‘Ready’ Nak Berlakon Semula – ‘Kalau Ada Watak Sedih Macam Kena Der* Saya Minat’

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Terima DM Daripada Shuib, Bakal Jadi Tetamu Jemputan Di Podcast? – ‘Banyak Cerita Aib Je Yang Ada’

    Bayaran tertunggak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Amir memaklumkan bahawa dia memerlukan duit tersebut untuk hal peribadi.

    Difahamkan, bayaran tertunggak ini tidak diselesaikan sejak tahun 2023.

    Saya mohon ampun dan maaf jika ada yang tidak selesa dengan hantaran ini.

    Saya sememangnya nak elak bercakap tentang hal ini tapi kena perlu diberitahu.

    Stesen televisyen terkenal masih sangkut lagi bayaran saya sebanyak RM18,000. Dah nak masuk tahun ketiga.

    Awal tahun lepas mereka dah bayar RM5,000. Jadi, sekarang masih berbaki RM18,000.

    Kalau saya tak perlukan duit itu, tiada lah saya minta pun sebenarnya. Saya boleh saja bagi masa.

    Untuk kali ini memang saya nak pakai duit dan mereka tahu alasan dan sebab yang penting itu.

    Perbincangan bersama

    Berkongsi lebih lanjut, pelawak berusia 35 tahun itu mendedahkan bahawa perkara ini sudah dibawa berbincang namun baki bayaran masih belum diterima.

    Masa ke Kuala Lumpur bulan lepas, saya ada jumpa wakil untuk perbincangan tentang hal ini.

    Tetapi ada sesuatu yang berlaku dan saya sudah maklumkan pada mereka yang saya perlukan duit itu dalam kadar segera.

    Saya bukan nak pinjam duit pun, saya memang tidak ajar diri saya berhutang.

    Apa pun saya cuma mahukan duit saya sahaja.

    Selepas perbincangan, saya masih belum menerima apa-apa bayaran dari pihak mereka.

    Dalam pada itu, Amir berharap agar stesen televisyen tersebut dapat segera menyelesaikan bayaran yang tertunggak miliknya.

    MENARIK:  [VIDEO] Vida Luah Rasa Bangga Dengan Setiap Pencapaian Anak, Cik B Tetap Merendah Diri – ‘Saya Biasa-Biasa Saja’

    Sumber: Instagram @amirrajalawak

    The post Amir Raja Lawak Mohon Stesen Televisyen Lunaskan Baki Bayaran – ‘Saya Perlukan RM18,000 Itu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah