32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amir Masdi & SPWinds Wakili Malaysia Di World Music Contest, Kumpul Dana Ke Belanda

    Shopee Sale

    Penyanyi, Amir Masdi bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya bakal mewakili Malaysia ke World Music Contest (WMC) 2026 di Kerkrade, Belanda pada Julai depan.

    Artikel Berkaitan: Amir Masdi Perkenal Sisi Berbeza Dengan Single Inggeris ‘Take Me Home’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Malukan Keluarga’ – Amir Masdi Pilih Jalan Bersih, Tolak Kontroversi

    Amir Masdi, SPWinds sertai World Music Contest

    Ketika ditemui , Amir berkata penglibatannya bersama orkestra itu pada awalnya mempunyai dua perancangan utama yang berjalan serentak.

    Perancangan tersebut termasuklah penganjuran konsert Winds Of Glory yang berlangsung pada Sabtu ini bertujuan untuk mengumpul dana perjalanan dan penyertaan ke pertandingan antarabangsa tersebut.

    Saya dan pasukan diundang untuk buat konsert, asalnya itu yang nombor dua. Yang pertama adalah untuk pergi ke Netherlands bersama SP Winds bagi pertandingan orkestra.

    Tahun sebelum ini mereka pernah menjuarai pertandingan itu. Tapi kali ini mereka nak panggil penyanyi juga jadi mereka pilih saya dan pasukan untuk sertai.

    Tapi untuk ke sana, kami rancang buat satu konsert iaitu Winds Of Glory untuk cari dana dan mungkin itu antara cara kami boleh berlatih sebelum ke Netherlands.

    Amir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir (AJL40SA) baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Bacaan Al-Quran Warga Asing Sebelum Mula Bekerja Raih Perhatian – ‘Nak Jemput Jadi Imam Tarawih Nanti’

    Amir Masdi, SPWinds buat persiapan

    View this post on Instagram

    A post shared by Seri Puteri Symphonic Winds (@spwindsofficial)

    Menurut Amir lagi, proses latihan bersama SPWinds juga perlu disusun dengan teliti memandangkan para pelajar kini sedang memberi tumpuan kepada peperiksaan mereka.

    Dari segi persediaan, mereka sekarang sedang menduduki peperiksaan. Saya tak nak kacau mereka punya pembelajaran, jadi kami akan berlatih pada hujung minggu.

    Dalam masa yang sama, Amir turut menyerahkan sepenuhnya pemilihan lagu kepada pihak SPWinds kerana mereka lebih memahami format pertandingan dan keperluan persembahan di peringkat antarabangsa.

    Kenapa pilih saya? Itu kena tanya mereka. Tapi apa yang saya tahu, mereka cakap nak penyanyi versatil dan boleh menyanyi pelbagai bahasa.

    Mungkin ada lagu Inggeris yang nak dibawakan atau bahasa lain sebab saya pernah bawa lagu Itali dan Jepun.

    Ada beberapa bahasa yang saya berpengalaman menyanyi, yang mana tak mudah pun. Jadi saya sangat berharap saya dapat menyampaikan dengan SPWinds.

    SPWinds sebelum ini pernah memenangi Anugerah Emas di World Orchestra Festival ke-11 di Vienna, Austria tahun lalu. 

    The post Amir Masdi & SPWinds Wakili Malaysia Di World Music Contest, Kumpul Dana Ke Belanda first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah