29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ameng Spring Terima Anugerah Ikon Antidadah, Netizen Bangga & Ucap Tahniah – ‘Dia Memang Layak Dapat’

    Shopee Sale

    Penyanyi Ameng Spring, baru-baru ini telah menerima Anugerah Ikon Antidadah bersempena Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebenarnya Saya Bukan Terus Ambil Bahan Terlarang, Tetapi Sering Ditawarkan Dengan Minuman Keras’ – Ameng Spring

    MENARIK:  [VIDEO] Sissy Imann Tamatkan Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat – ‘Awal Perkenalan, Saya Sebenarnya Pesakit Dia’

    Artikel Berkaitan: ‘Pernah Dilabel Sebagai Band Dadah’ – Ameng Spring Berusaha Ubah Kehidupan Lebih Baik

    Ikon Antidadah

    " data-video-id="7531174451619138823" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @pkrcabangpuchong

    Tahniah Ameng Spring dinobatkan sebagai Icon Antidadah 2025 #amengspring #TerimaKasihPMX #malayasiamadani #KekalAnwar #cabangpuchong #kczaihasri

    ♬ bunyi asal – 𝙅𝙀𝙔𝙉𝙊 – 𝙅𝙀𝙔𝙉𝙊

    Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail telah menerima anugerah tersebut yang berlangsung di Dataran Darulaman, Kedah pada Jumaat.

    Lebih bermakna, anugerah itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Ameng dan turut diringi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

    Pujian netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa bangga dengan pelantun lagu Pesanan Buat Kekasih itu dengan perubahan yang dilakukan selepas terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

    Alhamdulillah dia dapat anugerah yang memartabatkan balik maruah dia.

    Dia memang layak dapat kerana jujur berkongsi pengalaman hidup pasal najis dadah, daripada dia mula terjebak sampai dalam penjara dan sekarang pulih sepenuhnya.

    Jangan hina pada permulaan kerana pengakhiran tiada siapa yang tahu.

    Tahniah, bukan mudah tapi tak mustahil jadi insan yang lebih baik.

    Allah betul-betul sayang dekat dia, diberi hidayah sampai berubah bersungguh-sungguh.

    Sekadar info, Ameng pernah dihukum penjara kerana kesalahan dadah pada tahun 2011 sebelum dibebaskan pada tahun 2016.

    Sejak dibebaskan, Ameng kembali mendapat nafas baru selepas mula mendapat tempat di dalam industri dan mula diterima baik oleh peminat muzik tanah air.

    Sumber: TikTok & FB Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

    The post Ameng Spring Terima Anugerah Ikon Antidadah, Netizen Bangga & Ucap Tahniah – ‘Dia Memang Layak Dapat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah