32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pastinya No Bikini Atau Baju Terlalu Seksi’ – Anna Jobling Tolak Babak Panas, Pegang Dengan Prinsip

    Shopee Sale



    Anna tak pakai seksi

    Pelakon cantik, Anna Jobling memegang prinsip untuk tidak melanggar syariat Islam dalam memilih setiap adegan yang dilakonkan di Indonesia.

    Tak selesa seksi

    Anna tak pakai seksi

    Menurut Anna, 24, dia meletakkan syarat untuk tidak melakukan babak panas, mengenakan bikini dan berpakaian terlalu seksi.

    Kata pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia tetap akan menolak walau ditawarkan dengan bayaran yang mahal.

    Saya sudah tetapkan syarat-syarat apa yang saya boleh buat dan apa yang boleh pakai. Pastinya ‘no’ bikini atau baju yang terlalu seksi.

    Saya lebih selesa dengan pakaian yang sopan. Sebab dalam kehidupan seharian saya pun saya lebih gemar berpakaian sopan.

    Sejujurnya saya kurang selesa jika harus berpakaian seksi di set penggambaran.

    Anna berkata demikian ketika ditemui di Majlis Iftar Bersama Anna Jobling, baru-baru ini.

    MENARIK:  Dr Rushdi Syukur Nora Tarik Permohonan Cerai, Akan Lebih Bertegas Dalam Perkahwinan – ‘Suami Adalah Ketua Keluarga’

    Tarik diri

    Anna tak pakai seksi

    Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus mendedahkan dia pernah menerima tawaran drama namun terpaksa menarik diri selepas mendapati ada adegan panas dalam skrip.

    Bila saya baca skrip saya dapati ada babak yang tidak sesuai untuk saya lakonkan. Saya pun tak selesa dengan babak tersebut. Biarpun drama tersebut bertemakan Islamik, ada beberapa babak panas.

    Saya tak sanggup, lebih baik beri sahaja watak tersebut kepada pelakon lain yang sanggup buat.

    Saya seorang yang percaya kepada rezeki. Mungkin saya tak dapat buat drama tersebut, mungkin juga ada rezeki lain untuk saya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah