33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alyah Berhati-Hati Bawa Anak Tidur Hotel, Pernah Alami Kejadian Misteri – ‘Izzara Menangis, Mata Tengok Atas’

    Shopee Sale



    Alyah

    Susulan kejadian misteri dialami, penyanyi Datin Alyah memberitahu lebih berhati-hati memilih hotel untuk menginap setiap kali membawa anaknya, Nur Izzara ikut bekerja di luar.

    Kejadian misteri

    Datin Alyah

    Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 44, berkata, anaknya pernah menangis seperti ketakutan ketika mereka menginap di beberapa hotel tempatan.

    Sejak ada Izzara saya dah jarang ambil show yang tempohnya makan berhari-hari. Kalau ambil pun saya akan sedaya upaya balik hari. Tidak tidur di hotel.

    Tak boleh nak tidur hotel lama kerana pernah alami kejadian aneh ketika bawa anak tidur hotel. Ada kejadian di Johor, Izzara menangis yang sangat lama dan matanya tengok atas.

    Tok Ram telefon untuk saya balik KL dengan segera dan tidak bermalam di hotel tersebut. Sampai sahaja di KL, Izzara terus dapat tidur nyenyak, macam betul-betul penat dia.

    Selain di Johor, ada dua lagi kejadian di hotel berlainan. Satu di Melaka dan satu lagi Genting. Saya bawa anak ikut bekerja, Izzara menangis juga.

    Alyah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis Sajian Warisan Bonda, Buffet Ramadan di Restoran RBG, Park Inn by Radisson, Putrajaya, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Yazmin Aziz Dah Putus Dengan Atlet Bola Keranjang Hong Kong, Nafi Sering Bertukar Pasangan – ‘Saya Masih Single’

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Kisah Hati’ itu berkata, dia akan memeriksa ulasan atau ‘review’ pelanggan sebelum menginap di hotel.

    Langkah sebagai ibu, saya akan tengok dulu review daripada pelangggan terdahulu mengenai hotel tersebut.Kalau ramai keluarga yang bawa anak-anak kecil ke situ, makanya hotel itu selamat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah