33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Status Bersatu: Semua kita anggap masih anggota PN, kata PAS

    Shopee Sale

    Setakat ini di pihak PAS – atau sekurang-kurangnya salah seorang pemimpin mereka – Bersatu masih dianggap sebahagian daripada parti komponen PN di sebalik pertembungan tegang di antara kedua-duya parti tersebut.

    Malah mesyuarat yang dijangka panas dan kritikal di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada malam tadi bahkan berakhir dengan kenyataan yang boleh diaggap hambar.

    Walaupun ada jangkaan Bersatu akan disingkir secara rasmi dari PN, perkara tersebut tidak berlaku. Malah gambar yang dimuat naik para pemimpin PAS menunjukkan sebahagian daripada mereka masih dapat duduk semeja dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

    Timbaan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, pula mengesahkan kepada Malaysiakini yang mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam tadi tidak melibatkan sebarang agenda penyingkiran Bersatu.

    Kata Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Timbalan Pengerusi PN itu, mesyuarat pada malam tadi hanya melibatkan dua agenda termasuk penerimaam parti baru. Satu lagi ialah perbincangan mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Ditanya sama ada wujud kemungkinan agenda mengenai kedudukan Bersatu dalam PN akan dibawa dalam mesyuarat akan datang, Tuan Ibrahim berkata: “Memang tidak ada agenda. Malam tadi tidak ada agenda daripada PN sebab semua kita anggap masih anggota PN.”

    Malah Tuan Ibrahim menambah, Bersatu kekal sebagai komponen gabungan itu malah keanggotaan mereka yang bertambah iaitu kemasukan Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Cinta Malaysia yang akan dijenamakan semula sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

    MENARIK:  Tak rasmi: Rafizi kalah pemilihan PKR

    Untuk rekod Wawasan kini diketuai seteru Bersatu, Hamzah Zainudin, dan mendapat sokongan kumpulan yang tidak sehaluan dengan parti tersebut, namun mendapat dukungan PAS.

    Parti baru tak terlibat

    Dengan pendirian yang ditunjukkan itu, status Bersatu akan terus menjadi teka-teki selepas PAS menghentikan hubungan dan kerjasama mereka berkuat kuasa serta-merta pada 8 Jun lalu.

    PAS kemudian menyerahkan kepada Bersatu sama ada mahu kekal di dalam PN atau meninggalkan gabungan tersebut.

    Muhyiddin kemudian menegaskan iltizam Bersatu untuk kekal bersama PN “sampai bila-bila”.

    Pertikaian itu berlanjutan dengan kedua-dua pihak mendakwa PN adalah hak mereka.

    Sementara itu PAS juga menghantar isyarat yang mereka kembali bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi dua PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi masing-masing di Johor dan Negeri Sembilan.

    Muhyiddin bersama ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa

    Menurut Tuan Ibrahim, mesyuarat malam tadi bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa dianggotai wakil semua parti komponen PN – termasuk Bersatu – bagi membincangkan pembahagian kerusi.

    Kata Tuan Ibrahim, Bersatu juga akan meletakkan calonnya di Johor.

    Berkenaan penggunaan logo serta isu lain, menurut Tuan Ibrahim, perkara itu akan dibincangkan bersama oleh anggota jawatankuasa khas tersebut.

    “Jawatankuasa itu akan berunding… keempat-empat parti – Bersatu, PAS, MIPP (Parti Rakyat India Malaysia), dan Gerakan. Empat parti itu saja.

    “Dua parti baru (Pejuang dan Wawasan) tidak termasuk dalam jawatankuasa itu,” katanya.

    Bekas menteri itu juga mengesahkan tiada kerusi diperuntukkan kepada Wawasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah