30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Along Cham Tahu Isteri Keguguran Selepas Keluar Penjara – ‘Kalau Kandungan Itu Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya Keluarkan’

    Shopee Sale



    Along Cham

    Pelawak Along Cham mengakui menerima berita mengenai kehamilan isterinya, Afreena Suhaimi sewaktu ditahan di penjara Sungai Buloh, Disember tahun lalu.

    Isteri gugur

    Along Cham

    Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, bagaimanapun hanya mengetahui mengenai keguguran isterinya selepas dibebaskan daripada penjara pada Isnin.

    Saya dapat tahu perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serah kepada Allah.

    Saya doa dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.

    Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil).

    Along berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.

    Pagi tadi, tiada angin tiada ribut, Along dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Anuar Zain Dedah Arwah Ayah Hidap Kanser Prostat, Syukur Proses Pengurusan Jenazah Dipermudah

    Semalam, Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan Along tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.

    Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.

    Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.

    Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah