27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TipsXTRA: Tak Perlu Rasa Bersalah Berhenti Menyusu Anak, Ini Nasihat Ain Edruce Buat Para Ibu

    Shopee Sale

    Mengakui bukan mudah untuk kekal konsisten, pelakon dan pengacara Ain Edruce berkongsi pengalamannya menyusu anak sehingga hampir mencecah usia dua tahun.

    Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Bukan Mudah Jadi Ibu, Ain Edruce Dedah Keletihan Menyusu & Realiti Mendidik Anak-Anak

    Artikel Berkaitan: Ain Edruce Kongsi Cabaran ‘Putus Susu’ Anak – ‘Dalam Shower, Atas Katil Aku Menangis’

    Menerusi segmen #TipsXTRA, Ain berkata kebanyakan perkongsian mengenai penghasilan susu ibu sering memberi tumpuan kepada peringkat awal selepas kelahiran. Namun, cabaran sebenar baginya adalah untuk meneruskan penyusuan apabila anak semakin membesar.

    Tipsnya adalah jangan berhenti menyusukan anak. Kalau tengok video, ramai yang bercakap mengenai susu yang banyak ketika peringkat awal anak masih kecil.

    Tetapi untuk konsisten sehingga anak berusia dua tahun memang susah. Anak pertama saya menyusu sehingga setahun lapan bulan, manakala anak kedua pula setahun empat bulan.

    Bimbang anak ‘tak sayang’

    Bagaimanapun, Ain mengakui keputusan untuk menghentikan penyusuan bukan disebabkan anak-anaknya, sebaliknya datang daripada dirinya sendiri yang sukar melepaskan momen tersebut.

    Menurut Ain, sesi penyusuan membuatkan dirinya berasa begitu dekat dengan anak sehingga timbul kebimbangan bahawa ikatan mereka mungkin berubah apabila proses itu dihentikan.

    Sebenarnya ia lebih kepada saya, bukan mereka. Saya yang susah hendak berhentikan mereka menyusu sebab rasa ‘bonding’ dengan anak itu sangat rapat.

    Kadang-kadang saya rasa kalau anak sudah tidak menyusu dengan saya, dia mungkin tidak sayang atau tidak mahu dekat dengan saya lagi.

    View this post on Instagram

    A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

    Kasih sayang & ‘bonding’ bersama anak tak bergantung pada menyusu

    Namun, pengalaman bersama anak kedua telah mengubah pandangannya mengenai hubungan antara ibu dan anak.

    MENARIK:  ‘Saya Bersyukur Jadi Rakyat Malaysia, Hebat Dari Segi Budi Bahasa’ – Shiha Zikir

    Ain kini menyedari kasih sayang serta keakraban mereka tidak hanya bergantung kepada sesi penyusuan.

    Satu perkara yang saya belajar, apa yang merapatkan ibu dengan anak bukan hanya sesi menyusu. Kita dengan anak sendiri memang sudah mempunyai hubungan yang rapat.

    Walaupun kita berhenti menyusukan mereka, anak tetap akan sayang kita. Banyak perkara yang saya belajar menerusi pengalaman bersama anak kedua.

    Perkongsian Ain itu secara tidak langsung memberi semangat kepada golongan ibu yang mungkin berdepan rasa bersalah atau bimbang apabila tiba masanya untuk menghentikan penyusuan.

    Setiap ibu mempunyai perjalanan serta kemampuan yang berbeza. Apa yang paling penting adalah kasih sayang, perhatian dan masa berkualiti yang diberikan kepada anak-anak, meskipun fasa penyusuan telah berakhir.

    The post TipsXTRA: Tak Perlu Rasa Bersalah Berhenti Menyusu Anak, Ini Nasihat Ain Edruce Buat Para Ibu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah