27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Jual Air Balang Pun Tetap Anak Artis’ – Sharifah Shahirah Anggap Fenomena ‘Nepo Baby’ Sudah Jadi Lumrah

    Shopee Sale

    Istilah ‘nepo baby’ atau anak kepada individu terkenal yang menerima kelebihan kerana latar belakang keluarga semakin hangat diperkatakan, terutama apabila anak selebriti mula mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam industri hiburan.

    Ada yang berpendapat golongan ini memperoleh peluang dengan lebih mudah berbanding individu lain. Namun, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah melihat perkara tersebut sebagai satu fenomena biasa yang sudah berlaku sejak dahulu lagi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Cakap, Mak Kau Tak Ajar Ke?’ – Sharifah Shahirah Nasihat Odah Jangan Gaduh Dengan Netizen

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Banyak ‘Cable’ Boleh Guna, Tapi Bakat Tetap Penting’ – Odda Akui Gelaran Anak Selebriti Buka Peluang

    Gelaran Nepo Baby Perkara Biasa

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA kali ini, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkata masyarakat sememangnya mempunyai rasa ingin tahu dan keterujaan apabila melihat anak kepada seseorang yang pernah mencipta nama, tidak kira sama ada mereka memilih untuk menjadi artis ataupun menceburi bidang lain.

    Ini trend zaman sekarang. Kalau dahulu, saya pun teruja apabila orang kata seseorang itu anak kepada P. Ramlee.

    Sekarang pun apabila saya menonton filem P. Ramlee dan melihat Allahyarhamah Roseyatimah, anak kepada Latifah Omar, saya akan memandangnya dengan penuh rasa teruja dan kagum.

    Anak Artis Tetap Menarik Perhatian

    Bagi Shahirah, status sebagai anak kepada selebriti secara semula jadi akan menarik perhatian masyarakat meskipun individu tersebut langsung tidak berminat untuk menyertai dunia hiburan.

    Perkara itu sudah menjadi lumrah. Kalau dia tidak mahu menjadi artis sekalipun, tidak mengapa. Kalau dia menjual air balang pun, kita tetap akan teruja dan berkata, ‘Itu anak artis’.

    Artis itu sudah melakukan sesuatu yang membanggakan dan menjadi terkenal. Jadi, kita memang suka hendak melihat anak mereka.

    Sedangkan kalau bukan anak artis sekalipun, kalau dia anak kepada Cik Kiah yang terkenal di kampung, kita tetap akan kenal juga.

    ‘Kalau Ada Kabel, Gunalah Sebaiknya’

    Mengulas dakwaan anak selebriti sering menggunakan ‘kabel’ ibu bapa untuk memasuki industri, Shahirah berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya kelebihan tersebut digunakan secara positif.

    Saya tidak kisah kalau orang kata guna kabel. Kalau ada kabel, gunalah dengan sebaiknya.

    Tetapi anak-anak saya pun ada yang memilih jalan sendiri. Mereka tidak pernah kata hendak menggunakan nama saya. Mereka mahu bergerak dengan usaha sendiri.

    Shahirah turut memberikan contoh bagaimana dia tidak menggunakan kedudukannya sebagai penyampai radio untuk membantu mempromosikan lagu anaknya.

    Anak saya pernah menghasilkan lagu dan saya pula seorang DJ, tetapi saya tidak pernah menyuruh pihak radio memainkan lagu anak saya.

    Kalau tidak menjadi, tidak mengapa. Buatlah apa yang boleh, tetapi perkara paling penting ialah kena berusaha.

    Yakin Odda Mampu Ceriakan Industri

    Dalam masa sama, Shahirah turut berbicara mengenai anak perempuannya, Odda, yang kini mula dikenali dalam industri hiburan.

    Yang sudah menjadi artis ialah Odda. Nama pun sudah kelakar, jadi dia akan menceriakan industri ini.

    Orang mungkin akan cakap, ‘Suara pun tidak ada’. Tetapi bagi saya, dia mempunyai kelebihan lain. Walaupun dia ada kekurangan, dia masih boleh menjadi artis.

    Menurut Shahirah, tidak semua anak selebriti mahu atau mampu mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Namun, masyarakat tetap berminat untuk mengetahui kehidupan mereka kerana kaitan dengan figura terkenal.

    Kalau Anita Sarawak mempunyai anak, sudah tentu orang hendak melihat juga.

    Jennifer Lopez pun mempunyai anak-anak yang menjalani kehidupan seperti orang biasa dan tidak menjadi artis, tetapi orang masih mahu melihat dan berkata, ‘Oh, itu anak artis’.

    Bagi Shahirah, mempunyai nama keluarga yang terkenal mungkin mampu membuka pintu, tetapi usaha, bakat dan kelebihan diri tetap menjadi faktor utama untuk memastikan seseorang terus bertahan dalam industri.

    MENARIK:  Anzalna Nasir Puji Kerajinan Pembantu Rumah Belajar Daripada Kesilapan – ‘Pernah Rosakkan Baju Saya Yang Baru Beli’

    The post POV XTRA: ‘Jual Air Balang Pun Tetap Anak Artis’ – Sharifah Shahirah Anggap Fenomena ‘Nepo Baby’ Sudah Jadi Lumrah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah