33.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Michelle Yeoh dinobatkan Tokoh Perfileman Asia di Festival Filem Busan

    Shopee Sale

    Pelakon tersohor Michelle Yeoh dipilih sebagai "Tokoh Perfileman Asia Tahun Ini" pada Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) tahun ini, menurut penganjur pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

    “Serba boleh, berwibawa dan bersemangat kental -- persembahan Michelle Yeoh melangkaui jangkaan dalam setiap aspek, daripada teknik, gaya hinggalah kehadiran di layar,” kata penganjur BIFF dalam satu kenyataan media.

    “Yeoh merevolusikan representasi wanita dalam filem aksi sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang paling berpengaruh dalam sinema Hong Kong,” menurut kenyataan itu lagi.

    Yeoh memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Yes, Madam! (1985) sebelum mengukuhkan nama di peringkat antarabangsa melalui Tomorrow Never Dies (1997) dan Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000).

    Beliau turut membintangi Crazy Rich Asians (2018) dan Wicked(2024), selain mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Everything Everywhere All at Once (2022).

    MENARIK:  PSA: Kumpulan sivil mahu kerajaan terus adakan libat urus

    Kehadiran Yeoh di BIFF tahun ini menandakan kemunculan semulanya di acara karpet merah festival filem tahunan itu selepas 15 tahun, sejak menghadiri tayangan The Lady (2011) di Busan.

    Program khas turut diadakan pada BIFF tahun ini yang menampilkan tiga filem pilihan Yeoh, iaitu Reign of Assassins (2010), Everything Everywhere All at Once dan Sandiwara (2026), selain filem terbaharunya, It's My Time (2026).

    Anugerah akan disampaikan pada majlis pembukaan BIFF edisi ke-31 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 15 Okt di bandar pelabuhan Busan, di tenggara Korea Selatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah