27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz Dihubungi Oleh DSV Berkenaan Pendapatan Sehingga Puluh-Puluh Ribu Ringgit Sebulan

    Shopee Sale



    vida

    Episod demi episod, namun kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz masih lagi berterusan hingga ke hari ini.

    Bagaimanapun, selebriti itu tetap mendiamkan diri dari memberi sebarang kenyataan meskipun imejnya kian tercalar.

    Mana pergi semua duit?

    " data-video-id="7363261357728337170" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @datoserividaofficial

    Lepas satu dua masalah timbul ? bila nak habis daaaa #datosrivida #quputehbarulahputeh #fyp #aliffaziz

    ? original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

    Terbaharu, usahawan sensasi Datuk Seri Vida juga tidak lari daripada memberi respon terhadap isu selebriti berasal dari Singapura itu.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mempersoalkan tentang kewangan aktor tersebut.

    Sarah cakap Aliff 2019 tak ada rumah, tak boleh balik rumah. Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi.

    Usahawan berusia 52 tahun itu turut mendakwa Aliff menerima banyak tawaran terutama selepas kemenangannya di pentas Gegar Vaganza 8.

    Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi.

    Tapi yang saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke?

    Saya ini melihat dari segi kewangan, sila jawab. Saya nak tahu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan persoalan yang dikemukan Vida terhadap Aliff.

    Patutnya Aliff dah dapat beli kereta sendiri. Kenapa Bella yang belikan kereta?

    Betul juga datuk, duit dia pergi ke mana?

    Datuk dah macam audit, good job.

    Bagus soalan datuk.

    Aku pelik mana duit dia menang Gegar Vaganza tu, takkan dah habis sampai kereta tak mampu bayar.

    Terdahulu, ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine menyatakan dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

    MENARIK:  [VIDEO] Pengalaman Lucu Shahrol Shiro Silap Hantar Anak Pergi Sekolah: 'Kau Ni Mab** Eh?'

    Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

    Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah