31.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Alif Satar Selalu Panggil Saya Hajah, Mungkin Doa Dia Antara Yang Diangkat Allah’ – Lisa Surihani

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Lisa Surihani berkongsi satu kisah apabila sering disapa dengan panggilan ‘hajah’ oleh penyanyi, Alif Satar beberapa tahun lalu, sebelum akhirnya dijemput untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

    Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Kongsi Tip Baca Al-Quran Ketika Haji, Guna MP3 Untuk Jaga Adab Mushaf

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yusry Sangat Komited Pada Kerja, Tapi Dia Tetap Nak Peluk Cium Anak-Anak’ – Lisa Surihani

    Asbab jadi tetamu Allah

    Lisa atau nama lengkapnya, Lisa Surihani Mohamed, 40, menyifatkan panggilan tersebut sebagai satu doa yang sentiasa diaminkan setiap kali mereka bertemu.

    Malah, dia tidak menolak kemungkinan doa yang dititipkan Alif selama ini menjadi antara asbab dirinya terpilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

    Saya ada satu perkongsian tentang seorang kawan industri yang sudah saya anggap seperti abang iaitu Alif Satar. Dia sudah mengerjakan haji terlebih dahulu sebelum saya.

    Kami direzekikan bekerjasama untuk satu projek. Setiap kali berjumpa, dia akan panggil saya ‘hajah’. Ketika itu saya belum dijemput untuk menunaikan haji. Setiap kali dia selalu panggil saya hajah, saya hanya amin doa tersebut.

    Ketika saya mahu pergi taklimat pertama sebelum berangkat tunaikan haji, saya ada beritahu Alif yang Allah Maha Mengetahui. Mungkin doa Alif antara diangkat Allah dan menjadi asbab saya dapat tunaikan haji.

    Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kerana Dia Memanggil: Perkongsian Perjalanan Haji Alumni Irkaz Travel bersama Lisa Surihani dan Tomok di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu.

    MENARIK:  Zila Bakarin Akui Sudah Diberitahu Tentang Habuan – ‘Saya Kesiankan Kami..’

    Berkongsi lanjut, isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu turut menitipkan doa agar Alif dan keluarganya sentiasa dikurniakan rahmat serta keberkatan dalam kehidupan.

    Mungkin juga doa Alif antara yang diangkat. Jika doa dia yang diangkat, saya mendoakan Allah merahmati kehidupan Alif dan keluarga semua ditempatkan di syurga.

    Tambah Lisa, dia berpendapat setiap individu perlu sentiasa membuka hati untuk mempelajari perkara baharu sepanjang kehidupan, selain menjadikan setiap pengalaman sebagai bekalan menuju akhirat.

    Dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak lokek mendoakan perkara baik buat insan di sekeliling.

    Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk orang sekeliling. Kita ada perkara baharu yang boleh belajar setiap hari. Anggap diri sebagai pelajar sehingga akhir nafas.

    Allah sahaja yang mengetahui isi hati seseorang. Kita tidak tahu niat atau mata hati orang lain. Itu bukan kuasa dan hak kita.

    Jadi, apabila orang menyapa dengan panggilan seperti ustazah atau hajah, anggaplah itu sebagai satu doa dan kita aminkan.

    Untuk rekod, Lisa selamat menunaikan ibadah haji pada Mei lalu menerusi agensi Haji Irkaz Travel & Tours Sdn. Bhd sebelum dilantik sebagai duta jenama tersebut.

    The post ‘Alif Satar Selalu Panggil Saya Hajah, Mungkin Doa Dia Antara Yang Diangkat Allah’ – Lisa Surihani first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah