Ibu kepada personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Mohd Tawfwk iaitu Dr Zailah berkongsi detik awal ketika puteri tercintanya itu meluahkan hasrat untuk kembali berumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas
Artikel Berkaitan: ‘Bila Sedih Ramai Tanya Okay Tak? Bila Kejar Impian Orang Cakap Janda Berhias, Asyik Melaram’ – Dr Fie
Perasaan ibu
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Dr Zailah percaya bahawa Allah SWT akan tetap mengurniakan kebahagiaan setelah mengharungi ujian yang berat.
Ibu belajar sesuatu apa yang berlaku kepada Along (panggilan keluarga), bahawa hati yang pernah terluka masih mampu untuk kembali percaya.
Selepas hujan yang lebat, Allah mampu menghadirkan pelangi yang indah dan apabila Allah mahu menghadiahkan kebahagiaan, tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Menurut Dr Zailah, dia sama sekali tidak menyangka Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie akan membuka hatinya untuk kembali bergelar isteri.
Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Siapa sangka selepas tahun anak ibu pernah berkata tidak mahu berkahwin lagi.
Akhirnya datang membawa berita, dia sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Tambah Dr Zailah, ketika Dr Fie memaklumkan hatinya sudah terpaut dengan seseorang, dia merasakan itu hanyalah gurauan.
Mula-mula ibu ingat bergurau, rupanya betul-betul serius. Janji tak nak kahwin akhirnya tewas dengan seorang kapten.
Terdahulu, Dr Fie sah bergelar isteri kepada seorang usahawan yang dikenali sebagai Kapten Amrul Nizar Anuar dengan menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.
Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan first appeared on OHBULAN!.





