Pelakon, Rozita Che Wan menjadikan layanan baik bekas ibu mentuanya ketika perkahwinan pertama sebagai inspirasi dalam melayani isteri kepada anak sulungnya, Ammar Effendy.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Guna Filter Saja-Saja, Nak Nampak Flawless’ – Rozita Che Wan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Halang Aaisyah Minat F1 – ‘Tiket Sudah Beli..Dia Nak Mereka Sign Dekat Baju & Topi’
Layanan baik

Ketika ditemui , Rozita atau lebih mesra di sapa Che Ta, 53, berkata bekas ibu mentuanya, Siti Aishah, 77, tidak pernah membebankan dirinya sekali gus menjadi contoh buatnya dalam melayani menantu, Auni Ikhwan.
Menurut Che Ta, dia lebih senang sekiranya menantunya tidak perlu bersusah payah melakukan kerja-kerja di dapur kerana semuanya sudah dilakukan olehnya.
Dulu saya ada pengalaman dengan bekas mak mentua sewaktu perkahwinan pertama. Dia memang baik, kalau tidur rumah dia tak perlu buat apa-apa kerana ada pembantu rumah yang uruskan.
Dia hanya ajak saya teman tonton televisyen dan minum kopi sahaja.
Kalau dia mahu masak di rumahnya, hendak praktis resipi ke saya okay sahaja. Tapi kalau datang ke rumah saya, tidak perlulah masak sebab saya pun dah masakkan dan ibu saya pun ada.
Macam sebelum ini, saya dengar mereka memasak di rumah. Ammar beritahu dia sedang menemani isterinya memasak sambil melihat resipi.
Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui banyak mempelajari cara melayan dan mengambil hati menantu daripada bekas ibu mentuanya.
Kalau dia nak panggil kita datang ke rumahnya, dia tidak akan terus cakap, ‘datanglah’ tapi dia akan ajak dengan secara tidak langsung seperti, ‘Mama masak pulut ni, teringat dekat Rozie,’.
Bila dengar dia cakap macam tu kita rasa serba salah, menggeletar pula dengar pulut jadi terus datang ke rumahnya.
Saya belajar kalau nak anak kita balik ke rumah, kita ajaklah menantu. Dia mesti tak sampai hati nak tolak pelawaan mak mentua.
Mengulas hubungannya dengan bekas ibu mentua, Che Ta berkata mereka masih berhubung sehingga kini dan sesekali meluangkan masa bersama.
Masih baik! Hari minggu pun kita ada minum petang bersama, dia jemput. Apabila kita dapat layanan baik, kita terapkan perkara itu dekat orang lain.
Menjawab pujian orang ramai yang menyifatkan menantunya bertuah memiliki ibu mentua sepertinya, Che Ta berkata masih ramai yang menerima layanan baik daripada mentua masing-masing tetapi tidak dipamerkan kepada umum.
Saya rasa ada sahaja yang melayan mesra menantu mereka tapi mungkin tidak dipamerkan. Kalau kita sudah sayang anak, sudah tentu kita sayang menantu.
Kalau sudah sayang, mesti mahu lakukan semua benda untuk mereka.
The post [VIDEO] Rozita Che Wan Contohi Bekas Ibu Mentua, Beri Layanan Baik & Tak Mahu Bebani Menantu first appeared on OHBULAN!.





