Personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kini sah bergelar isteri kepada seorang usahawan yang dikenali sebagai Kapten Amrul Nizar Anuar.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Sedih Ramai Tanya Okay Tak? Bila Kejar Impian Orang Cakap Janda Berhias, Asyik Melaram’ – Dr Fie
Hari bahagia

Dr Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr Fie dan suami disatukan dalam sebuah majlis ijab kabul yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi Ahad.
Pasangan mempelai sama cantik sama padan itu telah dinikahkan oleh bapa kepada Afifah dan sah bergelar suami isteri dengan satu lafaz.
Dalam majlis tersebut, Afifah menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.
Segak berbusana serba putih, hari bahagia Afifah dan Kapten Amrul dilihat turut disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Afifah dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah menjadi tunangan orang.
Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Dr Fie Kembali Bergelar Isteri, Kini Suri Hati Kapten Amrul first appeared on OHBULAN!.





