31.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBPVO2.0: Pusingan Top 15 Bermula, 50 Undian Sehari Menanti Peminat

    Shopee Sale

    Tirai persaingan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini dibuka apabila undian bagi peringkat Top 15 mula berlangsung pada hari ini iaitu 2 November 2026.

    Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Khaled Hassan Tak Sangka Tercalon ‘Peniaga Paling Viral’, Ajak Pelanggan Undi – ‘Saya Dikenali Kerana Bonsha Bonshi’

    Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan 

    Undian kini bermula

    Sebanyak 135 calon daripada sembilan kategori bakal mengumpul sokongan orang ramai sepanjang tempoh sebulan sebelum senarai Top 5 diumumkan untuk pusingan undian seterusnya.

    Menariknya, setiap pengguna berpeluang memberikan sehingga 50 undian sehari bagi menentukan calon pilihan yang layak meneruskan persaingan.

    Fasa pertama ini akan berlangsung sehingga 1 Disember 2026, sebelum undian Top 5 menyusul dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027.

    Keputusan bagi kesemua kategori akan diumumkan menerusi siaran langsung di akaun TikTok rasmi pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.

    Berikut merupakan senarai calon bagi setiap kategori yang dipertandingkan di OBPVO2.0. Bagi kategori Pelakon Paling Viral, 15 calon yang boleh dipilih ialah Amir Ahnaf, Jazmy Juma, Aedy Ashraf, Yusry, Rosyam Nor, Tracie Sinidol, Zara Zya, Mimi Lana, Irfan Zaini, Zahiril Adzim, Sarimah Ibrahim, Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Chacha Maembong dan Fasha Sandha.

    Kategori Penyanyi Gen Z Paling Viral pula menampilkan Alpha, Insomniacks, Irfan Haris, Ammar Haikal, Haqiem Rusli, Syasya Rizal, Wani Kayrie, Iman Troye, Mary Grace, Aziz Harun, Umairah, Aisha Retno, Puteri Khareeza, Auddra dan Thalita.

    Bagi kategori Content Creator Paling Viral, undian boleh diberikan kepada Amin & Abid, Sam Lim & Parisa, Abang Minyak Jalanan, Abewee, Madnor, Ceddy Ang, Vokey, Spacedollah, Sir Badang, MR POV, Farah Deluna, Aminahtul Mardiah, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.

    Sementara itu, 15 nama yang bersaing dalam kategori Peniaga Paling Viral ialah Kek Lapis Hafiz, Dhira Nasi Lemak, Budak 46, Rizz Quesillo, Kak Ojie, Syakir Je, Opah Strawberry, Farah Dina, Atok Jajan, Pak Cik Tupperware, Tokey Coconut Candy, Durian Papa Muda, Kilos Cake, Kakak Naga dan Bonsha Bonshi.

    MENARIK:  Raikan Semangat Hari Kebangsaan Dengan Meneroka Hidden Gems Di Malaysia Bersama Firefly Airlines

    Turut menjadi pilihan dalam kategori Nepo Baby Paling Viral ialah Ammar Ahyan, Azeva, Zaki Yamani, Cik B, Auddra, Airit Rayyan, Leona, Amad Dayyan, Thalita, Nayla Mikayla, Faris, Merrah, Mia Sara Shauki, Ammara dan Adrian.

    Beralih kepada kategori Drama Paling Viral, sebanyak 15 judul turut menanti sokongan orang ramai iaitu Khianat Yang Terpilih, Good Boys Go To Heaven, Bulan Henti Bicara, Kerana Cinta Itu Dusta, Aku Pilih Pelangi, Yes! Captain Zul Aaryan, Luka Di Hujung Setia, Dendam Seorang Mentua, Jiwa Seorang Pentaksub, Griya, Anom Suraya, Cinta Dalam Sekam, Ikatan Terlarang, Bidadari Tanpa Syurga dan Hening Cinta.

    Bagi kategori Filem Paling Viral pula, calon yang disenaraikan ialah Libang Libu, Polong, Ah Peng vs Liang Po Po, Mojoku Hilang, Chelot, Khadam, Tarung, Mikael Pemburu Dua Alam, Pewaris Susuk, Gayong, Kata Hati, Malaikat Malam, 5 Bomoh, Akad Yang Hilang dan Nar’sata Sekutu Setan.

    Dalam kategori Kelab Peminat Paling Viral, komuniti yang bertanding ialah Siti Zoners, Alphanite, Budak 46, Tracestar, BASS, Rangers, Aination, Kinger Fear, Daiyanation, Lucky Fighters, Erystars, iDolla Ultras, Fazbulous Warrior, Aishalicious dan Mira Legacy.

    Akhir sekali, kategori Lagu Paling HOT menampilkan Aku Yang Salah (Drama Band), Break (Misha Omar), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Calar (Amir Masdi), Cinta Tersimpul Rapi 2026 (Intan Maya), Dalam Diam (Mojack Hafiz, Zaynakal dan Zamir Harith), Jodoh Lebaran (Aisha Retno), Juliet (Akim & The Majistret), Kesuma (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kita Usahakan Lagi (Batas Senja), Menamakanmu Cinta (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Ade), P Ramlee & Saloma (Alpha), Peluk (Nadeera & Hael Husaini), Rasa & Takdir (Amira Othman & Irfan Haris) serta Sayang Orang Sama (Adira Suhaimi).

    Orang ramai boleh mengikuti perkembangan OBPVO 2.0 menerusi tanda pagar #palingviralonline2.0.

    Untuk menyemak senarai calon dan memberikan undian, layari .com/palingviralonline2.0.

    The post #OBPVO2.0: Pusingan Top 15 Bermula, 50 Undian Sehari Menanti Peminat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah