Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian apabila berkongsi semula beberapa perbualan peribadinya bersama suami, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bermula sejak beberapa tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’
Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Syed Saddiq & Bella Astillah Masih Bekerja Walaupun Keluarga Sudah Berangkat Ke Sabah
Syed Saddiq DM Bella

Menerusi hantaran di Instagram Story, Bella memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Syed Saddiq ketika mereka masih belum bergelar pasangan suami isteri.
Mesej berkenaan memperlihatkan Ahli Parlimen Muar itu pernah memberikan kata-kata semangat dan doa buat dirinya.
Pelantun lagu Bersama Aku Setia Selamanya ini meluahkan rasa bahagia apabila hubungan yang bermula dengan sekadar membalas mesej di media sosial kini membawa mereka ke alam rumah tangga.
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.
Pasangan itu turut diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), diikuti Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober lalu dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
Sumber: Instagram Bella Astillah
The post Bella Astillah Kongsi Mesej Lama Syed Saddiq – ‘From Replied To Your Story To Being Part Of Your Story’ first appeared on OHBULAN!.





